Pada usia 32 tahun, buat pertama kalinya aku keluar mengundi. Pilihanraya 2004 dan yang sebelumnya 1998 (aku pun tak pasti 1998 ke 1999), sikit pun aku tak ambil kisah. Memang telah pun mendaftar untuk mengundi sejak umur aku layak tapi hak itu tak aku gunakan. Hari ini aku ingin berkongsi, rasa hati seorang rakyat Malaysia untuk difikirkan oleh semua terutamanya pemimpin negara agar SUARA KITA DAPAT DIFAHAMI!! Bukan didengari sahaja tetapi DIFAHAMI!! Kenapa aku stresskan perkataan DIFAHAMI adalah kerana orang kita suka mendengar tapi tak faham atau tak kisah untuk faham.
Hidup dan bekerja di kota Kuala Lumpur, merupakan satu desakan hidup. Kita terpaksa untuk bekerja demi membesarkan anak2 kita, memberi sesuap nasi untuk keluarga. Saya percaya jika ada pilihan untuk tidak bekerja maka seluruh warga kota lebih suka untuk tidak perlu berkejar setiap pagi ke pejebat, anak2 dihantar ke nurseri sebelum matahari terbit, dan pulang selepas matahari terbenam. Tetapi apa pilihan yang kita ada? This is survival!
Tapi kudrat yang dikeluarkan rasa tak berbaloi. Di mana nikmat pembangunan? Negara nampak maju, nampak mewah, tapi rakyat merana. Meminjam kata Tun Dr. Mahathir " rakyat tidak merasa nikmat dari perkembangan ekonomi" yang kononnya meningkat 6.3% di atas kertas. Apa yang kita rasai adalah beban bulanan kita bertambah, harga barang meningkat, dan yang paling dirasakan oleh rakyat adalah harga minyak meningkat. Petrol perlu diisi setiap hari, secara purata saya membelanjakan rm25 setiap hari untuk ke pejabat. Rm10 untuk petrol (tak sampai pun 5liter), rm8 utk tol dan dan Rm7 utk parking. Ini tak termasuk lagi minum pagi (yang saya terpaksa skip utk berjimat), makan tengahari sekitar rm5 dan makan malam. campurkan lagi dengan perbelanjaan isi rumah, bil2 utiliti, maintenance kenderaan, susu anak, lampin anak, yuran sekolah/ nurseri anak. gaji pun tak cukup baiii....
Kejatuhan Selangor memang amat2 mengejutkan saya, secara jujur pada pilihanraya kali ini saya TERPAKSA memilih untuk tidak mengundi BN, benar apa yang Tun Mahathir katakan "Kemenangan pembangkan bukan kerana rakyat sukakan pembangkang, tetapi kerana rakyat tidak mahukan BN (BN yang sekarang!)" Apa pilihan yang ada? Jika tak mahu BN, anda ada dua lagi pilihan... Undi BA atau tak keluar mengundi! Dan inilah faktor kekalahan BN. Saya amat berharap Pak Lah faham akan mesej yang cuba disampaikan oleh rakyat.
Pada pagi hari pilihanraya, saya pergi mengundi pada jam 830pagi. Saya mengundi di kawasan kelahiran saya di Seremban walaupun saya tinggal di Selangor. Pilihan yang ada ialah samada MCA atau DAP. Sungguh berat hati saya untuk memangkah DAP kerana bila sebut sahaja DAP saya terus terbayangkan Lim Kit Siang yang lantang dan ganas (dari segi penampilannya di arena politik). Jika ada pilihan lain memang saya tak akan pangkah DAP. Tetapi hati saya sudah nekad, saya takkan undi BN sebab pada saya dan ramai rakan2 lain, kami sebagai generasi yang sedang membesar (berumur 20-30an), kami amat merasa terbeban dengan kenaikan harga barang2 yang mana tidak kami rasai semasa zaman Tun Dr Mahathir. Memang ada harga barang meningkat pada zaman Tun Dr Mahathir tapi kenaikannya (terutamanya petrol) tidak begitu ketara dan tidak sehingga membebankan rakyat. Jangan sekadar membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara2 jiran, tetapi bandingkan juga pendapatan per kapita mereka.
Janganlah nak bercakap tentang menggunakan kenderaan awam ke pejabat. Kenapa? Pemimpin kita kena berusaha sikit, cuba ambil inisiatif, menyamar sebagai orang awam dan pergi naik komuter, LRT, rapidKL pada waktu pagi. Pengankutan awam ini sangat2 tidak efisyen, tidak menepati jadual dan bilangannya tak mampu menampung permintaan, rakyat terpaksa keluar subuh untuk sampai ke pejabat ontime kerana perlu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan. Alternatively rakyat akan pilih untuk memandu yang mana lebih costly tapi lebih time efficient.
Pada malam 8 Mac 08, saya berada di kampung isteri di Rembau. Apa yang saya dengar rata-rata orang tak suka kan kehadiran KJ di sana. Saya secara peribadi merasakan KJ tidak sepatutnya dibenarkan bertanding kerana bapa mertuanya Perdana Menteri. Contohi apa yang telah Tun Dr Mahathir lakukan, anaknya dilarang bertanding. Bukan saya penyokong Tun, semasa menuntut dia IPTA saya memang menjadikan Tun sebagai idola tetapi semua berkubur selepas apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI). Tapi pada hari ini, jika kita bandingkan apa yang Pak Lah sedang lakukan dengan apa yang telah Tu buktikan semasa zamannya, kita akan nampak kebaikan2 yang Tun telah lakukan dahulu. Di mana Malaysia di peta dunia Islam hari ini? Dulu dunia akan tertunggu2 suara Tun Dr Mahathir setiap kali ada isu antarabangsa melibatkan dunia Islam. Sekarang? Malaysia is no where, Malaysia is no body... or in direct words... Pak Lah is no body.. just an ordinary Muslim leader. Martabat Malaysia sebagai pendahulu kepada negara-negara Islam sedikit demi sedikit semakin pudar.
Berada di kampung pada malam 8 Mac amat menyiksakan, tanpa internet dan Astro yang limited channelnya. Keputusan pilihanraya lambat sangat sampainya ke telinga saya. Sebagai anak negeri sembilan, saya melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen dia bandar Seremban jatuh ke tangan pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan Negeri Sembilan seperti juga Johor adalah kubu kuat BN pada pilihan raya lepas. Memang niat saya mahu menidakkan majoriti 2/3 BN, dan alhamdulillah seluruh DUN di bandar seremban termasuk Parlimen Seremban jatuh ke tangan BA. Bandar Seremban memang dahulunya pernah di pegang oleh DAP tetapi kali ini bukan sekadar itu, kawasan Melayu Sikamat dan Ampangan jatuh ke PKR dan Paroi ditangan PAS. Yang membuatkan BN menang adalah orang-orang Melayu di kampung2 yang tak mempunyai akses kepada media alternatif selain apa yang disajikan oleh kerajaan. Pada saya bukan salah Menteri Besar NS, kerana banyak saya dengar suara penduduk Seremban yang mengatakan MB bagus! Dan saya juga tidak mengundi BN pada hari tersebut bukan disebabkan oleh MB NS tetapi disebabkan oleh Pak Lah dan BN secara keseluruhannya.
bayangkan di media kerajaan RTM1, RTM2,TV3, Astro Awani (501), TV9 semuanya tidak melaporkan tentang Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Saya masuk tidur pukul 2.30pagi, pada waktu itu, kesemua tv tersebut hanya melaporkan DAP menang 3 dan BN 3 di Selangor, keputusan yang dirahsiakan lagi. Itulah yang disajikan kepada masyarakat luar bandar, termasuk saya yang pada ketika itu berada dikampung. Seorang teman menelefon saya sebelum pukul 10pm mengkhabarkan berita tentang negeri Selangor tetapi media masih tak melaporkannya sehingga 6 jam kemudian.. Inilah jelasnya bukti MEDIA DIKAWAL!!! walhal AlJazeera telah awal2 lagi melaporkan kekalahan BN di Selangor.
Satu lagi yang menarik dan banyak diperkatakan sebelum pilihan raya adalah tentang iklan BN yang melampau2. Tak pernah berlaku semasa kempen pilihan raya lepas semua media di muntahkan dengan iklan2 BN. Terlampau banyak sampai rakyat sendiri merasa muak... macam makan ayam panggang juga, sikit2 memang la sedap tapi kalau makan banyak sangat tentu kita akan muak. Di TV iklan BN, masuk kereta pasang radio di radio ERA iklan BN, di HotFM iklan BN, sambil memandu toleh kiri kanan billboard BN. Terdetik di hati kita (bukan saya sahaja) berapa juta wang rakyat yang dibazirkan untuk iklan2 ini. Tak cukup lagi ke wang rakyat yang dah dibazirkan untuk membayar pampasan Projek Jambatan Bengkok di Johor? Tak cukup lagi ke wang rakyat yang dah dibazirkan untuk membayar pembelanjaan menteri2 yang tak perform? Tak cukup lagi ke wang rakyat yang dah dibazirkan untuk membayar kesilapan2 kerajaan dalam membuat keputusan? Faktor2 ini telah di ambil mudah oleh Pak Lah... satu yang tak sepatutnya berlaku.
Rakyat melihat pemimpin BN dan kroni2nya mewah. Cuba Pak Lah duduk di kerusi rakyat. Fikirkan diri anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang tinggal di rumah kos rendah, di Felda, di kampung2 dan mereka ini mengundi BN. Dalam hal ini saya tabik dgn kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz. Tidak mungkin ada seorang lagi pemimpin yang very humble and low profile as him. Jangan harap anda nak jumpa orang BN yang akan tolak projek yang mereka dapat dan lepas tu disubkan pulak ke kontraktor lain. Saya pernah terlibat dalam perniagaan, dan saya tahu bagaimana kuatnya kuasa Menteri dan Timbalan Menteri dalam sesebuah kementerian. Tidak ada seorang pun yg berani bersuara kalau menteri dah bagi surat sokongan. Inilah jenisnya orang2 yg menjadi pengikut dan penyokong menteri2 tersebut. Habis2 pun pegawai kerajaan yang memberikan kelulusan itu akan berkata kepada pemohon yang menggunakan surat sokongan itu "kalau boleh tak payah la guna sokongan menteri, susah kami nak buat kerja". Ini realiti yang saya sendiri telah alami.
Dua harapan saya...
buat BN dan Pak Lah, sebagai warga Malaysia, saya ingin melihat kesilapan ini diperbetulkan, jangan terlalu seronok di kerusi empuk hinggakan paku tercucuk di punggung pun tak terasa. Jika Pak Lah boleh memperbaiki keadaan insyaAllah 4 tahun lagi BN boleh ambil balik negeri yang dikuasai pembangkang. Termasuk wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang juga di bawah pembangkang (media tidak menghighlight KL dikuasai pembangkang)
Buat BA, buktikan kredibiliti anda. Di Selangor khususnya, lakukan yang terbaik kerana ini adalah cabaran yang maha besar untuk mentadbir sebuah negeri yang termaju dan tercorrupt di Malaysia. Rasuah di mana2, janganlah kempen kepada rakyat kata jangan beri rasuah kepada polis sebaliknya kempen kepaa polis jangan minta rasuah daripada rakyat!! Ini realiti yang telah diterbalikkan oleh Polis raja di Malaysia (PRDM) dan kerajaan BN.
Sekiranya ada permintaan akan saya kongsikan bagaimana warga asing yang bekerja di sektor pembinaan perlu membayar wang bulanan kepada pihak berkuasa, bukan yang takde permit sahaja tetapi yang sah pun kena bayar juga. Ini adalah pengalaman saya bercampur dengan mereka (warga asing) semasa saya bekerja di sektor pembinaan.
Hingga berjumpa lagi... komen anda amat di alu-alukan