tagline
Wednesday, September 22, 2010
Kerajaan Tiada Duit?
Sumber dari Putrajaya memaklumkan bahawa kerajaan sekarang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk berbelanja. PTD-PTD tengah pening kepala mencari wang untuk Budget 2011 dan bonus hujung tahun untuk kakitangan kerajaan.
Hanya 1 sumber yang ada iaitu hasil daripada sumbangan PETRONAS kerana pelaburan asing amat berkurangan.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan semalam juga belum mempunyai dana yang secukupnya.
Nasihat saya, belanja dengan bijak. Takde duit buat cara takde duit. Tak perlu bagi bonus. Sedangkan syarikat swasta pun kalau tak untung tak bagi bonus inikan pula kerajaan yang takde sumber kewangan.
Perlukah kita musnahkan ekonomi dan negara semata-mata untuk kekal berkuasa dan nampak bagus di mata rakyat? Betul lah kata pepatah 'Biar papa asal bergaya'. Jangan sampai negara muflis dan jangan mufliskan juga sumber kewangan yang ada!
Wajarkah subsidi dipotong kononnya untuk berjimat tetapi jumlah yang lebih besar dibelanjakan untuk Duit Raya dan Bonus?
Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, jika mereka yang diamanahkan oleh rakyat tak reti berfikir maka kita sebagai rakyat kena la pandai berfikir... faham2 je la... fikir-fikirkan, renung-renungkanlah jika anda warganegara yang sayangkan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Komen sdr mengenai perkara ini adalah terlalu simplistic. Sekiranya sdr memahami tadbir-urus kewangan kerajaan sdr tidak akan mengeluarkan komen-komen sedemikian yang dianggap dangkal. Urusan kewangan kerajaan diselia oleh Perbendaharaan secara telus di pelbagai peringkat dan ianya tertakluk kepada audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara secara berterusan. Tidak perlu PTD-PTD pening kepala untuk memikirkan dari mana untuk mencari wang kerana itu bukanlah kerja utama mereka. Dan Petronas pula bukanlah satu-satunya sumber kewangan kerajaan yang ada tetapi memanglah Petronas menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan kerana hasil petroleumnya yang banyak. Saya bersetuju kebergantungan kerajaan kepada Petronas untuk jangkamasa yang lama bagi membiayai perbelanjaan kerajaan bukanlah satu perkara yang sihat untuk ekonomi negara. Tetapi ia tetap satu sumber hasil yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk pentadbiran dan pembangunan negara. Tetapi penstrukturan subsidi adalah sesuatu yang perlu kerana ia membantu membetulkan herotan ekonomi sedia ada. Tetapi apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah menyalurkan penjimatan dari penstrukturan subsidi ini kepada rakyat melalui bantuan lain terutamanya untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan. Saya bersetuju bahawa bayaran bonus kepada kakitangan awam bukanlah keutamaan sekarang lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang dijangka kekal lembab. Perbelanjaan kerajaan juga perlu berhemah dan tidak membazir melalui perbelanjaan yang tidak perlu. Sdr harus mempertingkatkan kualiti komen sdr agar ia tidak mengelirukan sebilangan besar rakyat yang sememangnya tidak begitu memahami urustadbir negara. Komen sdr harus dapat menyedar dan meningkatkan pengetahuan rakyat agar dapat mengetahui secara betul tanggungjawab kerajaan terhadap rakyatnya. Sekiranya sdr sendiri tidak memahami, sdr harus cuba untuk memahami melalui penyelidikan sdr sendiri dan menegur kerajaan berasaskan fakta-fakta yang betul. Terima kasih.
'like'above comment.
Nampaknya org-org UMNO ataupun kerajaan yang mengelirukan rakyat dengan komen. Sejak bila Jabatan Audit telus?? Telur setengah masak adalah, telus?? Langsung tak ada! Apa yang jadi kepada kes-kes kontrak beli barangan dengan harga yang melaumpau?? (Mark Professional Tools sebagai contoh) Tiada satu pun yang masuk mahkamah untuk dijatuhkan hukum. Fikir lah baik-baik sebelum mengelirukan rakyat dengan komen yang bodoh!
FYI, sources are NOT normal formal Putrajaya annoucements. But it really comes from a person in MOF itself!
Saya nak memberi sedikit pandangan walaupun postings ni dah lama. Sememang nya setiap perbelanjaan dikawal selia dan disemak oleh Jabatan Audit cuma jikalau saudara ada membaca Laporan Tahunan Audit disitu ada banyak perbelanjaan kementerian, jabatan dan agensi yang dipersoalkan kerana harga bayaran yang melampau tinggi dan juga mutu yang kurang memuaskan. Kalau saudara nak tahu lebih lanjut sila baca laporan audit. Saban tahun laporan audit dikemukakan tetapi corak perbelanjaan masih tidak berubah ini kerana laporan audit hanya dianggap sebagai memenuhi syarat saja dan tidak diambil berat pun. Saya ada sedara yang bekerja sebagai guru dan beliau menceritakan sememangnya pihak sekolah tidak mendapat peruntukan sesen pun dari jabatan untuk membaiki segala kerosakan. Jadi nak tak nak pihak Ibu bapa perlu memberi sumbangan. Itu dari segi pendidikan. Kita tengok pula keadaan jalan raya (selain lebuhraya sebab yg itu kita bayar tol) mana ada jalan yang tak berlubang, ada tempat yang berbulan berlubang baru nak tampal tapi kalau ada PRK sekelip mata saja semua jalan diturap habis (mungkin yg ini masuk bajet pilihanraya). Ada juga sedara saya yg bekerja sebagai tentera dan beliau merasa pelik kenapa pihak atasan sanggup berbelanja besar membeli senjata raifal dari amerika yg tak tahan lasak sebab ada senjata raifal dari negara lain yg lebih murah dan tahan lasak, beliau tunjuk demo video yg mana rendam senjata dalam air lepas tu angkat keluar dan boleh tembak tapi kalau senjata amerika rendam lepas tu angkat tak boleh tembak tersekat. Jadi disini ada tiga sudut pengalaman untuk kita renungkan bersama walaupun ada banyak perkara lain yg melibatkan perbelanjaan yg dipersoalkan.
dear Azzrie
it is true. mmg semua ada dlm audit tp tak di endahkan.
so apa usaha kerajaan nk memperbaiki cara perbelanjaan? kalau u penah baca buku 'rich dad poor dad', penulis ada menegaskan bahawa cara perbelanjaan kerajaan2 didunia ni mmg tak bagus, sbb bila dekat2 nk hujung tahun kewangan, semua berlumba-lumba nk habiskan bajet kerana takut bajet tahun depan dipotong kerana bajet tahun sebelumnya tak habis. Ini secara tak langsung menggalakkan pembaziran kerana perbelanjaan dikeluarkan untuk membeli barang2 yg tidak kritikal semata-mata untuk menhabiskan bajet yg ada. renung2kan lah... sampai bila kita nk membazir dan apa usaha kita sebagai rakyat utk tidak bersekongkol dengan pembaziran yg terang2 dilarang oleh Allah
Saya melihat bahawa prosidur tadbir urus kewangan kerajaan yang sedia ada adalah baik dan ianya memang dilaksanakan. Tetapi masalah utama adalah pelaksanaannya yang tidak konsisten. Sekiranya ia tidak melibatkan kepentingan individu-individu atau kelompok-kelompok yang berkuasa dan berpengaruh, pelaksanaannya memang mengikut peraturan dan prosidur dan melalui tapisan-tapisan yang perlu. Tetapi sekiranya ia melibatkan individu-individu atau kelompok-kelompok yang berkuasa dan berpengaruh, ia "kelihatan" seperti mengikut peraturan tetapi sebenarnya tidak kerana "berselindung" disebalik arahan pihak atasan yang berkuasa. Jadi, semangat perbelanjaan secara berhemah ini hanya terpakai sekiranya ia tidak "merugikan" golongan yang berkuasa di masa tersebut. Penjawat-penjawat awam yang mempunyai "conscience" dan tidak bersetuju dengan sesetengah perbelanjaan, terpaksa akur kerana peraturan memperuntukkan bahawa keputusan pihak atasan (yang diberi kuasa dibawah akta)adalah mengikut "peraturan". Penjawat-penjawat awam yang tidak amanah pula, menggunakan "contoh" yang ditunjukkan oleh "pihak atasan yang berkuasa", untuk turut mendapat habuan dengan melakukan penyelewengan-penyelewengan di peringkat yang lebih rendah dengan jumlah yang lebih kecil. Tetapi hasilnya tetap akan menyebabkan kerugian kepada negara. Saya tidak bersekongkol dengan pembaziran dan penyelewengan oleh mana-mana pihak sekalipun. Saya memberi pandangan berdasarkan apa yang saya sendiri perhatikan. Saya bersetuju bahawa kita harus mempunyai sistem untuk memantau perbelanjaan dengan cara yang lebih baik lagi dan ini hanya boleh dilakukan sekiranya "pihak atasan" yang berkuasa, diterajui oleh mereka yang berani dan beramanah yang sanggup menegakkan keadilan. Kuasa yang berlebihan yang lazimnya diberi kepada Menteri setiap kali Rang Undang-Undang diluluskan dalam kebanyakan bidang harus dihentikan kerana ia adalah satu punca utama penyelewengan dan ketirisan berlaku di negara ini. Komen-komen yang secara membabi-buta menuduh itu dan ini tanpa membuat perincian dan penyelidikan fakta-fakta adalah apa yang selalu saya tegur kerana ianya tidak menyumbang kepada pemahaman mengenai tadbir urus negara. Bukannya bermakna kita menyokong pembaziran atau penyelewengan.
Post a Comment