tagline
Sunday, April 26, 2009
Malaysiakini.com : Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.
Malaysiakini.com : PKR pecat 16 ahli lawan calon parti
Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.
"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya.
"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini."
Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut:
1. Moganakumar Subramaniam (Merbok)
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena)
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai)
4. Roslan A Hamid (Padang Serai)
5. Abu Bakar Din (Baling)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik)
7. Mustafa Hassan (Sik)
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai)
9. Deivanai Krishnan (Jerai)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang)
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang)
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun)
13. Dr Ambrose Labang (Julau)
14. Wong Kee Kai (Julau)
15. Rajang Unau (Julau)
16. Kudik Untung (Julau)
Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit", nasihat Raja Petra
Editor Malaysia Today terus menulis walaupun dalam buangan kendiri
(mStar Online) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.
Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.
Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.
Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.
"Tidak... Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.
"Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.
"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita juga mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.
Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.
Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.
"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."
"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.
Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.
Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."
"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.
Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.
"Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.
Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.
Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.
Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.
Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.
Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ""Let's Send Altantuya Murderers To Hell" yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.
Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes.
Wednesday, April 22, 2009
Najib wajib bersihkan jika mahu sokongan rakyat!
2 org UTK bakal diC4kan.
Tapi 2 soalan masih belum terjawab.
1. Siapa yang arahkan untuk membunuh?
2. Siapa yang arahkan rekod kemasukan ke Malaysia dihapuskan?
Jika Najib boleh jelaskan kepada rakyat berserta dengan bukti kukuh. Beliau akan mendapat semula sokongan rakyat!
Hukuman bunuh untuk 2 org UTK ini tidak akan menghilang rasa sangsi rakyat. Najib belum membersihkan kredibilitinya selagi 2 soalan di atas belum dilangsaikan.
Selagi teka-teki tak dijelaskan selagi itu politik negara ini akan bergolak.
Sunday, March 1, 2009
Malaysiakini.com : Sidang tergempar tidak sah, kata Setiausaha DUN Perak

Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.
Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ini adalah tidak sah.
Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Sivakumar dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.
Sivakumar memanggil sidang tergempar itu untuk membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa
kerajaan negeri itu.
Keluar notis
Sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mengakui beliau merupakan menteri besar Perak yang sah.
Manakala menteri besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah awal bulan lalu, selepas BN menubuh kerajaan baru di negeri itu.
Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Abdullah berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan
Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.
Menurutnya, beliau telah menerima arahan dari Sivakumar supaya
mengeluarkan notis segera untuk mengadakan sidang tergempar DUN Selasa ini melalui urat Sivakumar yang bertarikh 25 Februari 2009 yang turut disertakan notis usul aripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dan ADUN Titi Serong.
Abdullah berkata, walaupun ia sidang tergempar, "dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut.
"Permasyhuran memanggil dewan dibuat oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan. Ini adalah berdasarkan PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan "maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat.."
Kuasa mutlak
"PT 10 (1) mengatakan " Penggal Dewan hendaklah diadakan pada
waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta," katanya.
Beliau berkata berasaskan PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
"Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang," katanya.
Beliau berkata, Perkara XXXVI (1) memperuntuk "DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan."
Abdullah berkata peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.
Khamis lalu, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.Sunday, December 21, 2008
PETRONAS blocks chedet.com!
Menarik! blog milik Tun Mahathir yang merupakan Penasihat kepada Petroliam Nasional kini tidak lagi boleh dibaca oleh kakitangan syarikat tersebut!
Petronas mengikut jejak langkah badan2 kerajaan yang telah lama menyenaraihitamkan blog-blog politik termasuklah chedet.com. Jika blog milik pemimpin pembangkang disekat aksesnya maka terasa juga kelogikannya. Tetapi janggal pula bila blog Tun yang merupakan penasihat Petronas di sekat untuk diakses oleh kakitangan syarikat gergasi itu sendiri.
wallahualam...
Tuesday, December 2, 2008
Anwar calls Zaid an asset, says Pakatan would welcome him
“There were a series of private meetings since he resigned as minister,” the de facto PKR leader told reporters in Parliament today.
Zaid had resigned from the Cabinet on Sep 15. Since then he has been courted by Pakatan Rakyat (PR) parties, and PKR in particular.
After he attended last weekend’s PKR national congress, Umno vice president and deputy presidential candidate Tan Sri Muhyiddin Yassin said that Zaid must explain himself.
Anwar however, said that while PR “welcomed him to be more involved” and “take up the challenge and dive into the arena,” they did not want to push him but instead wanted to give him “space to reflect after being unceremoniously sacked.”
According to the Permatang Pauh MP, Zaid has met with leaders from PKR, Pas and DAP on several occasions and the opposition is comfortable with his stance on human rights and draconian laws, a plural society and constitutional issues.
Calling him an “asset to the nation,” he rebuked Umno for its “intolerant attitude towards a difference of opinion” in sacking Zaid simply for attending the PKR congress.
The lawyer had been appointed a minister by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi in March to push forward judicial reforms but he had been isolated by other Umno leaders and the Cabinet.
They rejected the first draft of the Judicial Appointments Commission and Home Affairs Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar ticked him off for suggesting in Parliament that the government was reviewing the Internal Security Act.
By Shannon Teoh
Tun M : MAC 2009
2. Kepercayaan bahawa ini akan berlaku diasaskan kepada pengumuman oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dia akan serah jawatannya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak pada tarikh tersebut. Abdullah juga menyatakan yang dia tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Justeru tidak ada bahagian yang mencalonkan Abdullah sebagai Presiden.
3. Biasanya sesiapa yang menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen. Tetapi ini tradisi sahaja. Jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.
4. Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian sementara Haji Hadi adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
5. Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan.
6. Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.
7. Jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno, kemungkinan ini berlaku tidak mustahil. Mereka tidak akan menentang Abdullah kerana mereka amat selesa dengan kepimpinan beliau dan nikmat tertentu yang mereka dapati darinya.
8. Tetapi pengekalan Abdullah sebagai PM tetap akan menyemarakkan kebencian rakyat kepada Umno dan BN. Politik akan bergolak sepanjang masa sehingga pilihanraya. Dan apabila datang pilihanraya percayalah majoriti rakyat akan tolak Umno dan BN.
9. Rakyat tidak berminat dengan parti-parti lawan tetapi mereka tidak ada pilihan. Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.
10. Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009.
11. Demikian juga jika Abdullah cuba terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009, rakyat harus beri mesej yang jelas yang UMNO serta BN akan dikalahkan.
12. UMNO pimpinan perasuah dan perosak tidak harus diberi kuasa memimpin negara yang tercinta ini.
13. Kerosakan yang telah dilakukan selama lima tahun Abdullah menerajui Kerajaan Malaysia sudah cukup buruk. Fikirkanlah akan keburukan yang akan dilakukan kepada UMNO dan negara apabila seluruh kepimpinan Kerajaan terdiri daripada perasuah.
14. Dalam UMNO sekarang sudah ada orang yang berpendapat kalau ini adalah kali terakhir mereka akan dapat sogokan, lebih baiklah mereka menerima. Sekurang-kurang mereka akan kecapi "nikmat" sekali. Mungkin tidak akan ada peluang lagi. Apa jadi kepada UMNO, bangsa dan negara adalah masalah lain, bukan masalah mereka. Bagi mereka "nikmat" tidak boleh ditolak, walaupun hanya RM100.
15. Bagi mereka ini generasi akan datang akan kutuk mereka apabila orang Melayu di Malaysia sudah jadi seperti orang Melayu di Singapura di mana mereka menjadi "hamba" kepada kaum-kaum lain. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu kerana lebih sedia disogok daripada mempertahan dan memelihara kuasa bangsa.
Malaysiakini.com : Zaid Ibrahim dipecat dari Umno
Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno ekoran tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta-merta.Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.
Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.
Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.
Surat tunjuk sebab
Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.
Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.
Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.
Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.
Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.
Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.
Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.
'Tiada pilih kasih'
Abdullah berkata, tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah.
Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti," katanya.
Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Isu-isu sensitif
Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.
Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.
"Kita semua kena berhati-hati tanpa mengira kaum dan agama. Negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama. Jadi isu agama dan bangsa boleh menimbulkan reaksi tidak menyenangkan, perlu latih diri supaya dikawal. Tidak bawa apa-apa keuntungan dan kebaikan pada rakyat," katanya.
Ditanya mengenai pendirian Umno yang dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan parti komponen BN yang lain, Abdullah berkata: "Itu bukan bermakna kita diam langsung. Kita juga cakap dengan pemimpin-pemimpin berkenaan."
Pilihanraya kecil
Mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, mesyuarat MT memutuskan supaya persiapan disegerakan.
MT juga, tambah beliau, mengarahkan bahagian-bahagian Umno lain, membantu Umno Terengganu dalam menghadapi pilihanraya kecil tersebut.
Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.
Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.
Abdullah juga berkata, soal pemilihan calon bagi pilihanraya kecil tersebut, belum lagi diputuskan.
Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Umno boleh mencadangkan calon yang layak dan tidak perlu diadakan mesyuarat MT untuk membuat keputusan mengenainya.
Petrol, diesel down 10 sen
RON97 petrol will now retail at RM1.90 per litre, while RON92 and diesel will be at RM1.80.
This is the lowest price in years since RON97 was pushed to RM2.70 per litre in June from RM1.92.
This was announced in a statement by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi this evening and is due to the drop in global crude oil prices.
“The government has decided to speed up the reduction in retail prices to allow the public to enjoy the savings,” the statement said.