tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, March 3, 2010

Anwar v Mahathir: Dua hakim tarik diri

anwar vs mahathir PUTRAJAYA: Dua hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes saman berjumlah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik diri semalam.

Hakim Hashim Yusoff dan Zulkefli Ahmad Makinuddin bersetuju untuk mengundur diri dari mendengar kes itu selepas permohonan dibuat oleh peguam Anwar, Karpal Singh.

Karpal menyatakan terdapat tanggapan berat sebelah kerana Hashim dan Zulkefli pernah mendengar permohonan Anwar dalam kes terdahulu memperikaikan penyingkiran beliau dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan tahun 1998 dari sudut perlembagaan.


Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua parti, Anwar dan Dr Mahathir, juga terlibat dalam dua permohonan rayuan.

Oleh itu,kedua-dua hakim yang mendengar kes itu harus menarik diri.

Berikutan penarikan diri kedua-dua hakim tersebut, hanya hakim Arifin Zakaria yang juga Ketua Hakim Malaya sahaja yang tinggal dalam panel. Dua hakim baru akan dilantik minggu depan untuk menggantikan Hashim dan Zulkefli.

Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman ganti rugi mendakwa kenyataan Dr Mahathir menyebut beliau sebagai homoseksual dan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama beliau dan menjatuhkan martabat beliau atas kapasiti peribadi beliau sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Anwar dengan kos selepas mahkamah membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membuang kes itu.

Anwar kemudian memohon rayuan kepada Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak pada 10 Oktober tahun lalu.
– The Star

Musa v Anwar 11 Mei depan

Anwar Ibrahim gestures as he speaks at a news conference in Kuala Lumpur, Malaysia, Tuesday, March 11, 2008. Accused of sodomy and convicted of corruption, Malaysia's charismatic Anwar Ibrahim was stuck in political limbo for nearly a decade. But he appears to have resurrected his career this week with a spectacular electoral defeat of the party he once was anointed to lead. (AP Photo/GT Howe) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Mei sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) untuk mengenepikan saman malu daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Permohonan itu akan didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham," kata peguam bela Anwar, Sankara N Nair sambil menambah permohonan tersebut telah difailkan bulan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra menetapkan tarikh itu dalam kamar apabila perkara itu disebut untuk pengurusan kes semalam.


musa-hassanAnwar membuat laporan di ibu pejabat kontinjen polis Selangor pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa (gambar) dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memalsukan bukti-bukti dan menyembunyikan beberapa fakta.

Ini berhubung siasatan kecederaan terhadap Anwar yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada tahun 1998.

Dalam kenyataan tuntutan yang difailkan pada 21 Julai, 2008 Musa berkata dakwaan itu adalah tidak berasas dan telah mencemar reputasi peribadinya, imej, kejujuran dan nama baik serta kedudukan profesional beliau.

Musa menuntut ganti rugi umum, kecederaan, kadar faedah 8% dan lain-lain pelepasan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – The Star

FMT : Berbalah dengan Najib, portal Muhyiddin tutup

Oleh Dzulkarnain Taib
muhyiddin-yassin Persaingan politik antara kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) dan bos beliau Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin meruncing apabila laman web
Timbalan Perdana Menteri itu ditutup sejak seminggu lalu, selepas dilancarkan baru dua bulan.

Laman sesawang rasmi milik Muhyiddin, www.my-malaysia.com.my, ditutup tanpa sebarang notis setelah ia dilancarkan pada Majlis Dialog
Idealisme Generasi Muda di Angkasapuri, 30 Januari lalu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat Muhyiddin mendakwa portal tersebut mengalami masalah teknikal dan mendakwa ia akan diaktifkan
semula dalam “sedikit masa.”


Namun “kehilangan” laman web itu tetap menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena antara Najib dan Muhyiddin.

Beberapa pihak beranggapan portal itu samada diarah tutup oleh pihak tertentu dalam Jabatan Perdana Menteri atau digodam olnajib3eh pihak upahan
kem pro-Najib.(gambar) 

Portal yang membawakan tema “MY Malaysia – Muhyiddin Yassin Untuk Malaysia” itu membawa aspirasi dan buah fikiran orang nombor dua dalam
kerajaan itu.

Namun beberapa pihak di dalam dan luar Umno melihat isi pandangan Muhyiddin itu bercanggah dengan konsep-konsep yang dicanang oleh Najib
menerusi slogan Satu Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan laman web Muhyiddin dilenyapkan akibat “dua pemimpin itu
mempunyai pandangan berbeza dan ingin membawa dasar masing-masing dalam pentadbiran negara.

“Perkara ini sudah diduga awal kerana Najib dan Muhyiddin “tidak boleh bertemu muka”. Mereka dilihat tidak seiring dalam banyak perkara.

Kelompok Muhyiddin tidak senang dengan monopoli kumpulan Najib dalam membuat keputusan dan ini dilihat beberapa kali apabila Muhyiddin bercanggah pendapat dengan Najib,” kata beliau.

Abdullah Sani beranggapan perpecahan dalam Umno dan Barisan Nasional sudah mencapai tahap kritikal dan rakyat hanya menunggu masa untuk melihat pemberontakan besar-besaran oleh kem Muhyiddin terhadap Najib.

“Kem Muhyiddin tidak berpuas hati terhadap banyak perkara termasuk campur tangan Dr Mahathir Mohamad, pemberontakan Pemuda Umno apabila ketuanya tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan serta isu Ku Li dan royalti minyak di mana amaran diberi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu datang daripadad Muhyiddin bukannya Najib,” kata beliau lagi.

Keretakan yang melanda Umno-BN semakin jelas kata Abdullah Sani sambil menambah Muhyiddin dan Najib “tidak boleh duduk sekapal”.

Najib dan Muhyiddin dilihat tidak sebulu sejak era mereka berdua bersama dalam Pergerakan Pemuda Umno lebih dua dekad lalu. Ketika itu Najib menerajui Pemuda Umno sementara Muhyiddin sebagai Exco kanan.

“Muhyiddin menganggap beliau exco paling kanan dalam Pemuda Umno ketika itu dan merasakan tidak perlu tunduk kepada Najib yang lebih muda dan “junior” dalam politik.

“Jadi antara beliau dengan Najib sentiasa ada perasaan tidak senang sehinggalah apabila beliau menjadi timbalan kepada Najib,” kata Abdullah Sani lagi.

Pertelagahan antara Najib dan Muhyiddin telah hangat diperkatakan dalam blog serta laman web politik sejak Ahli Parlimen Pulai itu menyandang sebagai timbalan dalam kerajaan dan parti.

Muhyiddin dianggap bercita-cita tinggi dalam politik dan ramai menjangkakan Timbalan Presiden itu akan mencabar Najib untuk jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 2011 nanti.

MT : Apa hal Salehuddin Hashim?

Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US 3,000 sebulan.  Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.
Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden PKR
Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Salehuddin Hashim.  Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.
Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM.  Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri.  Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.
Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat.  Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti.  Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.
Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung.  Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.
Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin (gambar kiri) secara percuma.  Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US 3,000 sebulan.  Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.
Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik.  Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila "permohonannya" untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.
Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti.  Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak.  Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

RPK's son bailed out by blogger

'Masuk Umno cerita kartun'

Pejabat ADUN Penanti Dr Mansor Othman PKR mendakwa sebahagian besar daripada 77 ahli Pemuda PKR cabang Permatang Pauh yang dilaporkan menyertai Umno bukan ahli parti itu.


Pegawai khas kepada Dr Mansur (kiri, tengah) - Zainal Abidin Saat - berkata, hanya dua ahli PKR iaitu bekas timbalan ketua Pemuda PKR Guar Jering Fakhrul Che Umar dan bendahari ranting Hesabudin Md Isa yang menyertai Umno.

Guar Jering adalah salah satu ranting yang terletak dalam DUN Penanti.

"Mereka ahli Umno, isi balik borang. Mereka bukan ahli PKR," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, beliau mengenalpasti perkara itu kerana ada di kalangan mereka yang dilaporkan menyertai Umno itu kawan-kawannya sendiri.

"Saya kenal mereka. Ini semua cerita kartun," kata Zainal Abidin yang juga bekas setiausaha Umno cawangan Guar Jering.

Beliau yang juga merupakan pegawai khas kepada ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengulas dakwaan 77 ahli AMK yang dilaporkan melompat parti menyertai Umno baru-baru ini.

PAS masuk Umno 'lagi mengarut'
Hujung minggu lalu, Fakhrul dilaporkan meletakkan jawataan ekoran dakwaaan berlakunya pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat semakin parah selepas dua tahun memerintah.

Sementara sebuah blog turut mendakwa selain ahli PKR, terdapat juga ahli PAS yang terlibat keluar parti di bahagian tersebut. Jumlahnya tidak dinyatakan.

Fakhrul juga dipetik berkata AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan program parti.

Mengulas dakwaan Fakhrul itu, Zainal Abidin berkata dakwaan tersebut tidak benar kerana setiap kelulusan untuk permohonan bantuan dibuat melalui beliau sendiri, sebelum dimajukan kepada Dr Mansor.

"Kalau mereka kata kita tidak turun kawasan, itu tidak betul. Guar Jering ini kampung saya. Banyak bantuan diluluskan," katanya.

Zainal Abidin yang juga pengarah pilihan raya PKR bagi DUN Penanti tidak menolak kemungkinan ada di kalangan mereka yang menyertai Umno itu menerima "sogokan wang".

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad turut menafikan terdapat ahli parti itu turut menyertai Umno.

"Kalau ada ahli PAS yang menyertai Umno, lagi mengarutlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

MK : MP Bagan Serai pula umum keluar PKR

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.
DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.
Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

MT Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar

(Harakah Daily) - “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam 24 Februari.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

- Bernama

Ringkasan Kronologi PROJEK eTANAH

Usaha pertama 2005-2007 di Pulau Pinang (5 daerah) dengan kos RM66J GAGAL, anugerah semula kepada kumpulan syarikat yang sama (mudahan kali ni depa berjaya selepas satu kali gagal) untuk Melaka (3 daerah) dan Negeri Sembilan (8 daerah) dengan kos kontrak sebanyak RM130J. Seronok buat biz macam ni, gagal pun masih boleh dapat kontrak baru yang sama beratus juta! Hai kesianlah rakyat Melaka dan Negeri Sembilan!!

By Kamaruddin Mohamad

1980 - Kementerian Tanah dan Koperasi (KTK) telah memperkenal dan melaksanakan Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT).

1994 - KTK telah memperkenal dan melaksanakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)

2004 - KTK memperkenalkan Projek eTanah yang lebih menyeluruh. Tender untuk pelaksanaan Projek Pemandu eTanah di Pulau Pinang dikeluarkan dan seterusnya melantik sebuah syarikat tempatan untuk melaksanakannya tetapi telah dibatalkan pada tahun yang sama. Pilihanraya Umum Malaysia dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (KSAAS) mengambil alih dari Kementerian Tanah dan Koperasi (KTK).

2005 - Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak RM840Juta kepada KSAAS untuk pelaksanaan Projek eTanah di semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. KSAAS telah melantik Syarikat ILaunch Sdn. Bhd., melaksanakan Projek Pemandu eTanah di Pulau Pinang selama 3 tahun (Oktober 2005 – www.etanah.gov.my) melalui proses tender dengan kos sebanyak RM66J.

2007 - YAB Dato’ Sri Abdul Najib bin Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri) diberi penghormatan melancarkan Projek eTanah Pulau Pinang (Oktober 2007). Projek eTanah Pulau Pinang dilaporkan GAGAL oleh media tempatan (Disember 2007).

2008 - Isu kegagalan Projek eTanah Pulau Pinang telah dibawa ke Dewan Rakyat (Laporan Hansard - 29 Oktober 2008).

2009 - KSAAS memaklumkan kesinambungan pelaksanaan Projek eTanah ke Negeri Sembilan dan Melaka oleh kumpulan syarikat yang sama (5 Ogos 2009, www.etanah.gov.my) dengan kos sebanyak RM130J

2010 - NO. TENDER: JKPTG T06/2010 - TENDER PEROLEHAN PERKHIDMATAN SOKONGAN TEKNIKAL PROJEK PERINTIS e-TANAH PULAU PINANG UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR. Buka 19 Februari 2010, tutup 9 Mac 2010.

Usaha pertama 2005-2007 di Pulau Pinang (5 daerah) dengan kos RM66J GAGAL, anugerah semula kepada kumpulan syarikat yang sama (mudahan kali ni depa berjaya selepas satu kali gagal) untuk Melaka (3 daerah) dan Negeri Sembilan (8 daerah) dengan kos kontrak sebanyak RM130J. Seronok buat biz macam ni, gagal pun masih boleh dapat kontrak baru yang sama beratus juta! Hai kesianlah rakyat Melaka dan Negeri Sembilan!!

Camne dengan Projek eTanah di Pulau Pinang? Depa dah tak larat nak guna sistem kantoi tu. Jadi untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang katanya dah rabun, depa keluarkan tender baru – perlukan khidmat sokongan teknikal untuk eTanah Pulau Pinang! Ha ha ha ha! Dalam dunia IT, samalah dengan nak buat baru atau semula kerana takda syarikat yang mahu jadi pak sanggup mendukong biawak hidup – siapa sanggup beri khidmat sokongan sistem yang kantoi! Nak cari nahas!! Nampak gayenya, kos untuk tender semula ni ---- agak2 berapa ye?