(The original copy of the below was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin). In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance. AKUAN BERKANUN Saya, Md. Yusof Bin Ahmad (K/P Polis No: G/10608) yang beralamat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Kluang, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- 1.. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintenden Polis (ASP) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kluang, Johor (JSJ). Sebagai pegawai JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima. 2. Diantara Ogos dan September 2004, saya terima arahan dari KPP D7, Bukit Aman melalui semboyan mengarahkan supaya kes fail AKT terhadap salah seorang penganjur judi ekor haram di Kluang bernama Chai Ngew atau nama panggilan Ah Chai. Saya arahkan D/Sjn Yassin untuk membawa kes fail tersebut ke D7, Bukit Aman untuk tatapan YDH KPP D7, Bukit Aman. YDH KPP D7 mengarahkan supaya kes fail tersebut dikemaskini dengan segera. 3. Pada Mac 2005, Waran Tangkap dan Tahanan (WTT) terhadap Ah Chai dikeluarkan oleh KKDN. WTT telah disempurnakan oleh PPKG Kluang, C/Insp. Mohd. Shah Bin Kamaluddin dan Ah Chai kemudian dikenakan tindakan buang daerah selama satu tahun setengah di bandaran Nilai, Negeri Sembilan. Selepas 6 bulan dalam buangan, Ah Chai kemudian telah dibebaskan setelah memenangi kes habeas corpus. 4. Pada September 2005, setelah dibebaskan Ah Chai dapati masih meneruskan aktivitinya sebagai penganjur perjudian ekor haram di kawasan Kluang. Pada 08/03/2006, hasil maklumat yang diberikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara pada masa itu Dato' Musa bin Hassan, saya bersama sepasukan anggota D7, IPD Kluang telah menyerbu sebuah 'Counting Center' kepunyaan Ah Chai dan berjaya menangkap 4 orang termasuk isteri kepada Ah Chai serta merampas peralatan penganjuran judi ekor haram. Kemudian pada 18/03/2006, satu serbuan lagi telah dibuat oleh D7, IPK Johor terhadap sebuah lagi 'Counting Center' juga kepunyaan Ah Chai dan berjaya menangkap 5 orang pekerja dan merampas peralatan judi ekor haram. Intelligent statement 9 tangkapan tersebut telah diambil oleh PPKG dan anggota D7 saya dan kesemuanya menjurus kepada aktiviti yang dijalankan oleh Ah Chai. 5. Pada 30/03/2007 jam 0100, Ah Chai bersama isteri keduanya serta PR nama Ah Chin telah ditangkap dibawah Sek 3(1) Ordinan Darurat oleh pegawai D7 IPK Johor, ASP Mior Fahim Bin Ahmad dan dibawa balik ke IPK Johor untuk ditahan di sana selama 60 hari bagi meneruskan siasatan (soal siasat). Saya berasa hairan kerana pihak JSJ, IPD Kluang belum membuka kes fail yang baru terhadap sabjek yang ditangkap dan percakapan risikan yang ada hanya berdasarkan 2 serbuan terhadap counting center. Pihak D7, IPK Johor juga ada meminta kersemua percakapan risikan sabjek yang dirakam oleh IPD Kluang supaya dihantar ke D7, IPK Johor pada bulan Feb 2007. Saya juga berasa hairan kenapa masih ada lagi tindakan terhadap Ah Chai sedangkan dia baru saja dibebaskan dari sekatan di bawah AKT. 6. Pada 07/04/2007, saya terima panggilan telefon dari D7 Johor, DSP Ng Fook Long bertanyakan kepada saya adakah Ah Chai, isterinya dan Ah Chin dari group MIMI (salah satu penganjur judi ekor haram di kawasan Kluang). Saya beritahu kepada DSP Ng, mereka bukan dari group MIMI tetapi group Ah Chai sendiri. 7. Pada 08/04/2007, sehari selepas mereka dibebaskan saya telah berjumpa Ah Chai di bandar Kluang dan telah berbual berkaitan pembebasannya. Ah Chai berkata kepada saya yang dia tidak berpuas hati terhadap saya kerana telah menganiayakannya. Saya bertanya kepadanya bagaimana dia boleh bebas. Ah Chai beritahu ada seorang kawannya (nama tidak diberitahu) baik dengan IGP sekarang. Saya bertanya lagi kepada Ah Chai, adakah orang itu bernama Tengku, Ah Chai hanya tersenyum sahaja. Sejak dari itu, saya merasakan bahawa group Ah Chai mungkin bernaung dibawah group Tengku. 8. Pada Mei 2006, saya dipanggil oleh Supt. Navamany untuk berjumpa beliau dan membawa 2 Kertas Siasatan berkaitan serbuan tersebut, statistik serbuan dan kes fail. Dalam temuduga, soalan yang diajukan kepada saya menjurus kepada percakapan risikan keatas sabjek-sabjek yang ditangkap keatas 2 serbuan tersebut serta 3 kes fail terhadap Ah Chai, isterinya dah Ah Chin. Saya merasakan persoalan yang diajukan kepada saya mempertikaikan kesahihan percakapan risikan yang telah diambil. Semasa itu, saya telah diarahkan bertukar ke IPD Kajang, Selangor Sebagai KBLD. Pertukaran ini adalah merupakan sesuatu yang tidak adil bagi saya kerana saya tidak pernah melakukan kesalahan tatatertib mahupun prestasi tugas berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah saya capai sepanjang tempoh saya bertugas sebagai KBSJD Kluang dan saya rasa saya masih lagi berupaya dan mampu menyumbangkan tenaga saya dalam JSJ. Dengan pertukaran saya ke bahagian Logistik saya tidak dapat memberi kesinambungan dalam tugas saya untuk memerangi jenayah. 9. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah dan membuat rakaman risikan ke atas Ah Chai yang membabitkan nama Tengku boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib dan dipindahkan tugas ke Bahagian Logistik. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya. Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960. DITANDATANGANI DAN DIIKRAR ) SESUNGGUHNYA oleh Md. Yusof Bin Ahmad ) (K/P Polis No: G/10990) tersebut di atas di Kuala Lumpur ) pada haribulan 2007 ) Di hadapan saya, Pesuruhjaya Sumpah |
tagline
Tuesday, June 9, 2009
Statutory Declaration of ASP Md. Yusof Bin Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment