tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, November 1, 2009

MK : Bekas mufti Perlis diseret ke mahkamah

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.

Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.



Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannnya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Bekas mufti, yang sering juga mengeluarkan kenyataan kontroversi, ditahan malam tadi selepas menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah Jais di sebuah banglo di Ampang.

Sewaktu ditangkap, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais. Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah, tiada pertuduhan terhadap anak guam mereka difailkan.

No comments: