Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sebentar tadi.
Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9.50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.
9.45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.
Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
9.50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.
9.18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.
9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.
8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.
8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.
8.33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut. 8.25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah
8.15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.
8.00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.
7.57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Canada telah tiba, lebih ramai dijangka hadir.
7.55am: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.
7.43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan
No comments:
Post a Comment