Tiap kali pilihanraya, BN tatkala berkempen di kampung2 akan mengingatkan pengundi tentang sumbangan yang telah kerajaan berikan sejak merdeka. Jika anda brpeluang berbual dengan peneroka-penerok FELDA yang mempunyai anak-anak yang telah berjaya mulut mereka takkan berhenti daripada memuji kerajaan. Maklumlah orang susah, dengan bantuan kerajaan kini berjaya memiliki tanah sekangkang kera di FELDA berkenaan.
Jika menlihat daripada persepsi ini memang sepatutnyalah merekamembalas jasa kerajaan dan mengundi BN supaya kerajaan boleh terus menabur budi dan bakti kepada rakyat.
TETAPI kerajaan BN hari ini bukanlah kerajaan BN 10 atau 20 tahun lepas yang telah merangka pelan untuk membantu rakyat FELDA ini. Kerajaan hari ini adalah kerajaan korporat yang meraih nama dan keuntungan atas perjuangan kerajaan BN 20 tahun lepas. 20 tahun lepas mana ada jutawan Melayu. Hari ini 90% daripada jutawan Melayu adalah kroni kerajaan.
Kerajaan BN hari ini menyokong rasuah. Inilah yang menjadi modal Pakatan Rakyat dalam setiap kempen pilihan raya. Salahkah tuduhan ini? Tidak pernah pula kita dengar Perdana Menteri bersumpah menjunjung Al-Quran mengatakan bahawa kerajaannya bersih daripada rasuah. Kenapa PR masih menggunakan modal ini untuk kempen pilihan raya? KERANA BN tak berani nak nafikan dan ini secara tidak langsung menunjukkan BN mengiyakan tuduhan tersebut.
Mengapa ketika Zaid Ibrahim semasa menjadi Menteri dengan sokongan Pak Lah mencadangkan agar semua Menteri Kabinet membuat pengisytiharan harta, ia nya ditolak oleh MEnteri-menteri cabinet yang kononnya bersih ini?
Mudah sahaja, jika anda semua mahukan negara kita terus dimusnahkan oleh perasuah-perasuah maka undilah BN. Jika anda ingin terus hidup sederhana dan mereka kaya-raya undilah BN.
‘Sumbang’an lepas tidak menjanjikan ia akan berterusan.
Dulu tiada jutawan segera yang mewah daripada kontrak yang dibayar dengan duit rakyat!
Dulu UMNO berjuang untuk kepentingan rakyat, UMNO diterajui oleh nasionalis! Kini? Masih adakah nasionalis di dalam UMNO? Yang penting bagi mereka poket mesti berisi, cuba namakan seorang pemimpin UMNO yang hidup sederhana, yang boleh dilawati semudah berjumpa Tok Guru Nik Aziz. Ada?
No 1 adalah poket, nombor 2 barulah kerja, nombor 3 baru lah rakyat!
Jika anda mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak anda, undilah untuk perubahan. Wang rakyat berjuta RM yang dianugerahkan kepada kroni melalui pemberian kontrak kerajaan adalah duit kita bersama. Kita membayar cukai! Jika wang itu tidak digunakan untuk mengkayakan lagi kroni-kroni BN nescaya Malaysia lebih makmur, rakyat lebih berharta!
Berubahlah untuk masa depan. Ketika anak-anak muda Malaysia telah pun berubah mindanya, UMNO baru menjanjikan ‘BN sedia untuk berubah’. Jika yang bercakap sahaja bersedia tetapi menteri-menterinya tak bersedia maka janji tinggal janji, dan Melayu akan terus mudah lupa kerana leka dengan umpan se’coet’ tiap kali menjelang pilihan raya.
BERSEDIALAH UNTUK BERJUANG DEMI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA YANG LEBIH BAIK!
No comments:
Post a Comment