Badan pemikir kerajaan - Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, - dikatakan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing.
Dokumen itu juga mendedahkan antara perunding luar negara dan tempatan yang dibayar oleh PEMANDU termasuk Hay Group (yang dibayar RM11 juta), Ethos & Co (RM1.5 juta) dan Alpha Platform (M) Sdn Bhd (RM1.5 juta).
Seorang “perunding luar” misteri yang hanya dikenali sebagai"Tarmidzi" pula menerima bayaran RM3 juta untuk kerja-kerja menubuhkan PEMANDU.
Menurut dokumen itu lagi, badan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, mencadangkan pembayaran bil RM21 juta, khususnya untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh McKinsey dari April hingga September, 2009.RM60 juta untuk ETP
Sementara itu, operasi PEMANDU dianggarkan berjumlah RM65.1 juta bagi seluruh tahun 2010, yang termasuk bayaran perunding strategik dan komunikasi serta penganjuran majlis program hari terbukan.
Dokumen lain menunjukkan unit pemikir ETP menelan perbelanjaan RM60 juta.
Projek ETP pada mulanya dianggarkan berjumlah RM78 juta tetapi menurut dokumen berkenaan, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM60 juta untuk pelaksanaannya.
Ini termasuk RM16 juta yang dibayar kepada perunding tujuh makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dengan sebahagian besar dana berkenaan diperuntukan kepada makmal, jumlah yang tidak kurang kecilnya juga dikatakan untuk membiayai pengarah-pengarah yang merupakan antara 60 kakitangan PEMANDU.
Gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan.
Perdana Menteri pula dilaporkan hanya mendapat gaji RM22,800 sebulan.
Apabila dihubungi, seorang wakil kanan PEMANDU berkta beliau tidak boleh mengulas.
source : http://malaysiakini.com/news/149864
No comments:
Post a Comment