Kelmarin semasa menonton Buletin Utama di TV3, rakyat diberitahu oleh Polis Bukit Aman bahawa terdapat 4000 laporan polis telah dibuat terhadap Bersih2.0.BERNAMA pula pada 4/7/2011 turut melaporkan bahawa jumlah tangkapan pula seramai 220 orang, dan daripada jumlah itu 170 orang telah dibebaskan manakala selebihnya masih direman untuk siasatan. Tetapi mengapa sehingga ke hari ini Pengerusi Bersih2.0, Datuk Ambiga masih belum ditahan polis? Adakah 4000 laporan polis belum mencukupi untuk polis bertindak menangkap Datuk Ambiga yang mengetuai satu gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan? Jika betul Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi untuk merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan BN melalui demonstasi Sabtu ini mengapa beliau masih bebas. Adakah beliau yang juga seorang Peguam kebal daripada tindakan undang-undang?
Rakyat yang bijak dan waras akan mempertikaikan sekurang-kurnagnya 3 perkara:-
- Pertama, sahihkah jumlah 4000 laporan polis yang dikatakan telah diterima oleh pihak polis?
- Kedua, betulkah Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kerajaan?
- Ketiga, adakah Datuk Ambiga kebal daripada undang-undang kerana masih belum diberkas walaupun 4000 laporan polis telah dibuat di seluruh negara, sedangkan ramai penyokong BERSIH2.0 telah ditahan di merata lokasi di seluruh negara. Malah ada yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Maka akan timbul kecurigaan di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin, kerana polis bertindak menangkap penyokong-penyokong Bersih2.0 tetapi ketuanya dibiarkan bebas.
Disebabkan oleh itu, maka rakyat akan bertanya lagi:-
- Memandangkan Datuk Ambiga masih bebas walaupun pelbagai tuduhan telah dilontarkan di media-media arus perdana, rakyat mula ragu dengan dakwaan bahawa Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi.
Kenapa rakyat ragu-ragu dan was-was?
- rakyat akan terkenangkan kes mendiang Teoh Beng Hock yang mana Suruhanjaya Siasatan Di Raja telah menemui banyak kepincangan yang telah berlaku dan tidak dibongkar semasa inkues awal kes tersebut. Integriti menjadi persoalan!
- semalam ASP Fauziah Che Mat, seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras yang memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM pada 6 April. Beliau menyatakan bahawa rakaman CCTV pada hari kejadian telah di'ganggu' oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.
- kes kematian arwah adik Aminul Rashid,15, yang mati ditembak polis dalam adegan kejar-mengejar di Shah Alam. Awalnya polis menyatakan bahawa sebilah parang telah ditemui dalam bonet kereta tersebut tetapi ia kemudiannya pemilik kereta iaitu kakak kepada si mati sendiri telah menafikan pernah melihat parang tersebut.. Siapakah yang meletakkan parang tersebut? Adakah ia benar-benar ada di dalam kereta sebelum kejadian tersebut? Wallahualam.
- apa jadi dengan 4 individu yang ditahan polis pada tahun 2008 sehingga dikatakan menjadi punca dakwat kekal bernilai hampir RM4juta tidak digunakan dalam PRU 12. Awalnya Ketua Polis Negara mengatakan 4 laporan polis diterima pada Februari 2008 tentang cubaan mencalitkan dakwat tersebut pada jari penduduk luar bandar oleh pihak tidak bertanggung yang kononnya memberitahu pengundi bahwa tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi. Kemudian pada 17 Mei 2008, pengerusi SPR pula telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada kabinet untuk membatalkan rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Adakah ini satu lagi penipuan dan pembaziran duit rakyat?!
Jika benar BERSIH2.0 berniat jahat untuk memporak-perandakan negara maka tangkaplah segera ketuanya. Kegagalan menangkap Datuk S. Ambiga membayangkan bahawa dakwaan dan tuduhan terhadap BERSIH2.0 adalah rekaan semata-mata. Berpuluh bilah parang, bom molotov dan baju BERSIH2.0 ditemui polis di kawasan berhampiran SOGO dan dikatakan diletakkan di lokasi tersebut untuk kegunaan rusuhan pada hari Sabtu ini. Masih tidak cukupkah lagi bukti untuk menangkap Datuk Ambiga? Sebagai rakyat Malaysia, kami musykil kenapa beliau masih tidak ditangkap sedangkan BERSIH2.0 pimpinannya dikatakan mengancam keselematan negara.
Walaupun dinasihatkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong supaya kerajaan duduk berbincang dengan BERSIH2.0 dan mengambil berat tentang amanah rakyat, belum kelihatan lagi usaha kerajaan BN ke arah itu melainkan tangkapan terus dibuat dan Menteri Dalam Negeri masih menegaskan BERSIH2.0 sebagai HARAM.
"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’."
DS Najib juga mengumumkan di hadapan pegawai-pegawai kerajaan bahawa jika BERSIH2.0 membuat perhimpunan di dalam stadium ia tidak akan diganggu. Mereka boleh berhimpun dan bertempik sepanjang hari tapi sekarang apa sudah jadi? BERSIH2.0 telah bersetuju berhimpun di stadium selepas mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, pelbagai alasan pula diberikan oleh kerajaan untuk memberi tekanan kepada BERSIH2.0. Mungkin mereka mengharapkan pemimpin dan penyokong BERSIH2.0 akan marah dan bertindak diluar kawalan supaya tangkapan boleh terus dibuatkan dan BERSIH2.0 boleh terus dipersalahkan.
Jika benar ianya bukan propaganda BN untuk memburukkan BERSIH2.0 dan jika benar BERSIH2.0 ancaman kepada negara, kenapa pengerusinya masih tidak ditahan polis? Mengapa, mengapa dan mengapa? Kini, rakyat nampak adalah selagi Datuk S. Ambiga tidak ditahan maka rakyat akan percaya bahawa semua ini adalah propaganda kerajaan BN sahaja. Tidak wujud ancaman pun. Parang boleh diletakkan oleh sesiapa sahaja berhampiran SOGO dan BERSIH2.0 dipersalahkan supaya kononnya rakyat akan percaya BERSIH2.0 memang mengancam negara. Betulkah BERSIH2.0 satu ancaman?
Beribu-ribu orang menyokong BERSIH2.0 dan beribu-ribu orang pula percaya BERSIH2.0 adalah ancaman kepada negara dengan hanya membaca akhbar dan menonton berita di televisyen. Tapi berapa ramaikah daripada dua golongan ini yang benar-benar tahu apakah dia 8 tuntutan BERSIH2.0? Ramai penyokong BERSIH2.0 pun tidak tahu pun apa dia item-item dalam 8 tuntutan BERSIH2.0 dan mereka yang menolak BERSIH2.0 juga seperti biasa hanya mendengar cerita orang dan tidak pernah mahu untuk ambil tahu apa dia tuntutan BERSIH2.0 yang sebenar-benarnya. Item nombor berapakah di dalam tuntutan itu yang mengancam keselamatan negara? Kerana saya tidak melihat satu pun tuntutan yang mengancam negara, semuanya adalah tuntutan untuk transformasi di dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Itu sahaja!
Jadi kenapa kerajaan BN takut sangat dan mengatakan BERSIH2.0 mengancam negara? Adakah BERSIH2.0 mengancam negara atau sebenarnya mengancam undi BN?
Untuk makluman dan tatapan seluruh rakyat yang cintakan keamanan di bumi Malaysia, berikut adalah 8 tuntutan BERSIH2.0 yang dikatakan mengancam keselamatan negara (sumber :http://bm.bersih.org/?page_id=2673) :-
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Daripada 8 tuntutan di atas yang mana satukah yang mengancam keselamatan negara seperti yang diwar-warkan di media arus perdana? Jika tiada, maka apakah kesalahan yang dilakukan oleh rakyat berbaju kuning yang menyokong 8 tuntutan di atas? Rakyat yang menyokong BERSIH2.0 sebenarnya menyokong 8 tuntutan di atas. Adakah tuntutan tersebut mengancam keselamatan negara? Tidak satu pun yang mengancam negara tapi ia mungkin mengancam keselamatan politikus yang mengamalkan politik kotor. Takkan Perdana Menteri tidak mahukan pilihanraya yang telus dan adil? Beliaukan seorang negarawan terbilang pastinya ketelusan yang sering beliau laungkan perlu mengambilkira 8 perkara di atas.
Penyokong BERSIH2.0 yang berbaju kuning hanya menyokong 8 tuntutan di atas. Jika ada sesiapa yang berbaju kuning dan menimbulkan huru-hara pada 9 Julai ini maka ia adalah tanggungjawab polis untuk memberkas mereka, dan penyokong-penyokong BERSIH2.0 sendiri akan bersama-sama membantu polis memberkas mereka kerana BERSIH2.0 bukan untuk menjatuhkan kerajaan atau memusnahkan keamanan Malaysia. BERSIH2.0 adalah tentang ketelusan dalam sistem pilihanraya dan tidak lebih daripada itu!
Saya mewakili rakyat Malaysia yang prihatin ingin melihat Pengerusi BERSIH2.0 ditahan segera jika BERSIH2.0 memang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan menimbulkan porak-peranda. . Selagi Pengerusi BERSIH2.0 tidak ditahan polis kami TERPAKSA percaya semua ancaman ini hanyalah propaganda rekaan semata-mata!
"Negara BERSIH Rakyat Sihat!"
Anak Malaysia Prihatin

No comments:
Post a Comment