tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, January 24, 2012

Komuter Baru (SCS) yang dibeli dari negara China bermasalah? (Bah. 1)


Heboh diwar-warkan ketibaan set pertama KTM Komuter SCS baru di media arus perdana pada September 2011. Pembelian yg penuh skandal itu diteruskan juga walaupun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak terhadap sebut harga yg dipersetujui oleh kerajaan.

Set KTM Komuter SCS baru yg tiba di Pelabuhan Kelang pada September 2011, pada mulanya dijangka akan mula beroperasi pada November 2011. Risikan melalui perbualan dengan kakitangan stesen Komuter memaklumkan bahawa ia akan mula beroperasi pada 21 November 2011. Malangnya sehingga awal Disember ia masih belum beroperasi.Setelah tiga minggu berlalu namun bayang pun tiada.

Pengguna terus diasak oleh masalah kekurangan komuter pada waktu puncak antara 7 am - 9 am dan 5 pm – 7 pm. Bersesak-sesak umpama menaiki Bas Mini Wilayah era 1980an sudah menjadi lumrah bagi pengguna KTM Komuter pada waktu puncak. Ada kalanya alat penghawa dingin tidak berfungsi. Pembatalan tren tanpa maklumat awal berlaku sentiasa setiap hari. Pengumumam , “Disebabkan pembatalan tren ke Seremban sebelum ini, tren ke Seremban telah mengalami kelewatan. Tren berikutnya akan tiba dalam masa 40minit”! berkumandang setiap hari memaksa pengguna mambazir masa emas mereka menuggu komuter yg tak kunjung tiba. Apabila tiba tren berikutnya, pengguna yg telah pun sesak di platform tidak dapat menaiki tren yg sudah sedia sendat akibat terlampau ramai penumpang. Tren yg sepatutnya tiba setiap 20 minit (berbanding setiap 2 minit pada waktu puncak bg LRT laluan Kelana Jaya) tiba tanpa mengikut masa. Adakalanya setiap 20minit, adakalanya 30 minit dan adakalanya 40 minit, ada juga masanya ia tiba selang 5 minit berturut-turut. Jadual yg ada sekadar hiasan kerana tidak pernah langsung tren KTM Komuter tiba mengikut jadual. Anda boleh sahkan sendiri dengan menghadirkan diri ke mana-mana stesen KTM Komuter pada bila-bila masa 7 hari seminggu.

Perbualan berikutnya dengan kakitangan KTM Komuter pada awal Januari 2012 pula menghasilkan satu jawapan yang amat diluar dugaan. Katanya, “Komuter baru tu ada masalah dengan landasan, power tak compatible. Untuk laluan daripada Seremban ke Salak Selatan OK, tapi utk laluan selepas Salak Selatan ada masalah dengan power. Set komuter tu tak serasi dengan power kabel landasan sedia ada”. Hah? Beli dengan harga berbillion RM tapi tak check compatibility dan spec? Akhirnya sehingga artikel ini ditulis, 6 set yg sepatutnya telahpun tiba pada 2011 masih belum lagi kelihatan beroperasi disebarang laluan KTM Komuter. Baki set-set yg belum tiba dijadualkan tiba ke Malaysia menjelang April 2012 secara berperingkat. Inilah akibatnya daripada perancangan yang tidak sempurna dan pembelian yang tidak telus.... satu lagi pembaziran wang rakyat!

Sejak beberapa bulan lepas kempen memperkenalkan set baru KTM Komuter SCS ini telah pun bermula di KL Sentral. Anda boleh berkunjung untuk melihat sendiri kehebatan set baru ni di pameran yg masih lagi berlangsung bersebelahan kaunter tiket KTM Komuter KLSentral.

Sempat mendapatkan maklumat terkini pagi tadi, mengikut maklumat yang diterima telah berlaku letupan kecil di stesen penjana kuasa KTM Salak Selatan semasa ujian dilakukan. Ia berpunca daripada masalah tren baru yang tidak serasi dengan spesifikasi bekalan tenaga elektrik di landasan yang sedia ada. Ini telah menyebabkan operasi KTM Komuter SCS baru ini yang awalnya dijadualkan pada November 2011 masih lagi tertangguh hingga ke hari ini. Khabar daripada warga KTM sendiri yang masalah ini telah pun diatasi dan tren KTM Komuter SCS baru ini dijadualkan beroperasi bermula Mac 2012. Maklumat di laman Facebook KTM juga mengesahkan perancangan ini. Besar harapan pengguna KTM Komuter agar masalah kesesakan ini dapat diatasi dengan amat segera!

Persoalannya dimanakah SPAD?

Bahagian berikutnya : masalah sistem trafik & semboyan

No comments: