tagline
Sunday, May 6, 2012
Azwan Ali berang bila Ummi Hafilda heret Ibunya dalam Buletin Utama TV3 demi matlamat politik
Berang melihat Ibunya diperkudakan oleh TV3 dalam Buletin Utama melalui kakaknya Ummi Hafilda dalam menyerang Abangnya Azmin Ali, Azwan Ali mengamuk di laman Twitter.
Demi untuk memburukkan darah dagingnya sendiri Ummi Hafilda telah tampil dengan mengheret Ibunya dalam Buletin Utama semalam 5 Mei 2012.
Menurut Azwan sebagaimana yang disiarkan dalam laman Twitternya, kebiasaannya beliau bersedia untuk menonton berita tetapi semalam beliau tidak sanggup menontonnya bila Ibunya diperalat.
Beliau juga mempertikaikan pihak yang telah mengkritik peserta Himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan biadap, sedangkan pihak mereka sendiri ternyata lebih biadap bila sanggup memperalatkan Ibunya demi kepentingan politik mereka.
Malah simpati juga dilahirkan buat Ibunya yang sanggup mendedahkan keburukkan anaknya sendiri setelah diperalat Puak Bangkai Bernyawa yang Desperado Seats (Dia kata kat puak UMNO la ni…)
Dalam laman Twitter miliknya, Azwan mempersoalkan siapa mereka yang mahu bercakap soal kebenaran, adakah mereka Malaikat? tambahnya lagi tunggulah hingga akhirat.. kenapa perlu mengheret Ibunya untuk memburukkan anak yang dilahirkannya?
Lagi apa kata Azwan korang bacalah apa yang tertulis dalam print screen di bawah ni..
Berdasarkan apa yang berlaku dalam keluarga Azwan Ali ini, jelas pihak UMNO akan melakukan apa saja untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjahanamkan karrier politik Azmin Ali hatta mengheret Ibunya sekali kedalam perkara ini.. Biarpun memporak perandakan sebuah keluarga..
Adakah anda masih yakin Pilihanraya Umum ke 13 ini akan benar-benar bersih?
Berikut pula adalah video yang dimainkan dalam kebanyakkan Blog-blog pencacai UMNO untuk menyerang Azmin Ali..
source : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/azwan-ali-berang-bila-ummi-hafilda.html?spref=fb
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
diorg ni adik beradik mmg masalah beb =,=
http://lovelynemo.blogspot.com/2012/05/wasting-money-and-time-today.html
mmg la.. ummi hafilda ni mmg mata duitan... Arwah ayahnya pernah menulis didalam Harakah mohon maaf atas apa yg Ummi Hafilda telah lakukan kepada Anwar Ibrahim. Dia sanggup buat apa sajer kerana duit! bukan baru tp sejak 1998! Skrg dia dh pergunakan ibu dia plak. mana Azwan tak mengamuk. Bukan kali pertama Azwan Ali mengamuk kat Ummi Hafilda ni... dah byk kali dah.. kakak yg tak berguna!
Post a Comment