Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi
tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak
Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan
bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Ini
telah didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak (kiri), yang
mendakwa terlibat mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas
menandatangani SD pertama yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Nama peguam itu dikatakan telah disebut oleh Deepak dalam temubual video dengan organ PAS, Harakah, yang telah disiarkan di YouTube, dengan nama tersebut disunting.
Dalam
temubual itu, ahli perniagaan tersebut menceritakan bagaimana peguam
kanan itu mendraf dan menyediakan dokumen tersebut bersama-sama dengan
anaknya, walaupun hanya anaknya saja yang datang bertemu pihak-pihak
lain yang terlibat, di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana bekas
penyiasat persendirian itu didakwa "disimpan" .
Dalam blognya
tiga hari lalu, aktivis hak asasi manusia, Haris Ibrahim telah
membayangkan siapakah peguam kanan yang dimaksudkan itu, tetapi tidak
tidak menyebut namanya.
Haris seterusnya telah membuat laporan kepada Majlis Peguam Malaysia awal hari ini.
Harris,
dalam suratnya kepada Majlis Peguam, meminta satu siasatan dijalankan
untuk mengenal pasti peguam berkenaan, dan menentukan sama ada terdapat
sebarang salahlaku dalam penyediaan SD kedua itu.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.
Hari
ini, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan) pula membayangkan bahawa
peguam kanan tersebut menganggotai salah sebuah daripada lima panel
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PI Bala mendakwa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa dia menandatangani SD kedua kerana takut.
Siri pendedahan Deepak itu memberi gambaran yang berbeza, dengan mendakwa Bala menandatanganinya kerana wang.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama peguam kanan tersebut serta anaknya sementara menunggu respon daripada mereka terhadap pertanyaan kami.
source : http://www.malaysiakini.com/news/216882
No comments:
Post a Comment