#KL112 vid-5
#KL112 vid-4
#KL112 vid-3
#KL112 vid-2
#KL112 vid-1
tagline
Showing posts with label Minda Rakyat. Show all posts

Saturday, January 12, 2013
Friday, September 28, 2012
Fikiran 'agama' yang mengharukan Umno
Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya
sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam
Umno?
Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.
Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.
PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.
Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Literalis dalam Umno harukan proses keadilan
Saya mengkritik golongan literalis dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.
Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh PAS.
Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalis tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.
Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.
Pengharaman ini jika diterima bererti sistem Parlimen yang membolehkan ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.
Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga haram.
Golongan literalis ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.
Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri dan presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan penggantinya Tun Abdullah Badawi, melakukan kritikan terbuka.
Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah.
Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata “haram untuk kau, halal untuk aku”.
Ilmu matan hadis
Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu mukhtalaf al-hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.
Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah.
Umpamanya apabila mereka membaca hadis:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya.”
(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).
Mereka mengambil hadis ini tanpa mempedulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.
Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun.”
(Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).
Para sahabah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.
Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup.
Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.
Sejarah perdebatan dalam Islam
Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.
Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW:
“Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar.” (Riwayat Daud).
Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan.
Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
(Surah al-Nahl: 125)
Dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat). Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-mira’ yang boleh diertikan sebagai al-jidal (debat).
Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar.
Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.
Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.
Bajet negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.
Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.
Fatwa literal
Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai:
“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunah bukan dengan sunahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan.
“Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)
Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan PAS dan PKR.
Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.
Antaranya hadis (bermaksud): “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukuman-Nya”.
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai, dengan sanad yang sahih).
Dalam sejarah pemikiran fikah, tokoh aliran literalis yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.
Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab:
“Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.
“Dalilnya firman Allah: Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.
“Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi Allah azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.
“Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap Muslim bahawa mengambil harta Muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram.
“Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari).
“Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan Muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran….”
(Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133. Kaherah: Maktabah al-Khaniji)
Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?
Maha suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!
Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan Muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW:
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun PAS.
Namun apabila membabitkan urusan agama, saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Friday, April 6, 2012
Electoral Roll: If you can’t clean it up then let us demolish it!
It has been many many years and many many General Elections in Malaysia and the issue of unreliable eligible voter listing (Electoral Roll) is still a big issue. The Election Commission (EC) has been cleaning it up for many years and yet it is still dirty. Bersih 2.0 is over and Bersih 3.0 is coming soon but I believe till Bersih 10.0 the issue of illegal voters will never end. If it is too difficult to clean it up, then let us get rid of it! Yes, we get rid of the existing voter listing. It is not that difficult, just hit the DELETE key on the server’s keyboard and all will be history! But what’s next?
Then, it is EC’s job to re-register back those who are interested to be an eligible legal voter (if he wishes to be a voter) or we can make everybody above 21 years old to be auto-registered as an eligible legal voter. Surely we need to have a Standard Operating Procedure (SOP) available before we can re-register them. This SOP is crucial to ensure that the new list is 1000% clean. I believe this is a much simpler process in order to clean up the Electoral Roll compared to the current EC never ending clean up exercise which is very tedious as we need to clean up dead voters, illegal voters, duplicate voters, duplicate addresses, multiple voters in 1 home address, etc.
This exercise should put an end to the illegal voters issue and will make everybody happy. The EC would be proud of the new clean Electoral Roll. The government would be proud that it has finally successfully cleaned up the illegal voters listing which has been a long time issue. The opposition would be happy that now they have a better chance to win the general election. And the people would be very happy too as they now know that they can finally have a possibly fair general election.
Why do we need our MPs to fight each other over a never ending battle to clean up the Electoral Roll? We can easily put an end to it if we just try to do it differently and to think out of the box. If we can’t do it now since the time is too limited, the next government (doesn’t matter whether it is still BN or PR) should make this possible. To delete the existing list will only take 1 second and we can surely re-register everybody before PRU14, 4 years to re-register all voters is a lot of time.
The Minister would say that the law won’t allow us to get rid of the existing list and to create a new clean database. If he says so, like he used to whenever there is an issue over the government’s integrity, then he should not be sitting in the Minister’s chair anymore. Our beloved PM is talking about Transformation and this is what transformation is all about. It is about creating a better Malaysia for the Malaysian! The law was invented by human beings and it will never be perfect! We need to keep improving it so that we can have a better life, a better society and the best country!
If we still do not see a clean Electoral Roll by PRU 14, then it is a pure 1000% proof that the government of the day is not interested to have a clean Electoral Roll. And it is also a proof that our elected MPs are just wasting their precious time fighting for it since many many years ago. It also means that the people of Malaysia have also been wasting our time and money to hold the general election every 5 years since more than 50 years ago! It will also mean that this is the end of democracy in Malaysia!
Thursday, April 5, 2012
Selangor bakal jadi 'Terengganu'
ULASAN Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo akui bahawa partinya, Umno tidak mempunyai calon yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Secara tidak langsung, Khir Toyo mengesahkan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat melakukan perkara baik di Selangor.
Kata doktor gigi itu lagi, tidak mustahil Umno Selangor akan membawa pulang 'orang Pusat' ke negeri.
Ini bermakna, tidak mustahil Datuk Seri Noh Omar bakal diletakkan sebagai calon menteri besar bagi Umno.
Sebagai pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak sudah pasti mahu merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.
Kegagalan merampas Selangor akan menyebabkan kedudukan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri tidak selamat.
Pakatan tukar calon MB?
Cakap-cakap mengenai Khalid akan digugurkan sebagai calon menteri besar bagi PKR mula kedengaran. Terdapat banyak versi cerita yang tersebar.
Antaranya Khalid dikatakan akan hanya diletakkan di Pusat sekiranya Pakatan mampu mera
mpas Putrajaya.
Pengalaman Khalid sebagai mantan ketua pegawai eksekutif Guthrie dan sebagai menteri besar mungkin akan banyak memberikan manfaat kepada Pakatan di Putrajaya.
Khalid dikatakan layak untuk menjadi menteri kewangan berdasarkan kecekapan beliau menguruskan ekonomi Selangor.
Cerita kedua berhubung masalah antara Khalid dan PKR Selangor apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tidak sebulu dengan menteri besar. Ini menyebabkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan parti tidak begitu mantap.
Khalid dikatakan menguruskan negeri Selangor seperti sebuah syarikat yang hanya mengambil kira untung dan rugi. Sedangkan politik itu melangkaui sifir untung dan rugi.
Krisis ini lebih kepada permasalahan dalaman PKR. PAS dan DAP secara amnya tidak mempunyai masalah bekerja dengan Khalid.
Jika Pakatan mahu terus memerintah Selangor, krisis Khalid -PKR harus diselesaikan dengan segera. Ini kerana ADUN Ijok itu popular di kalangan rakyat Selangor.
Khalid juga harus menyusun 'sahabat-sahabat' politik beliau agar kedudukan dapat diperkukuhkan. Di dalam politik, tidak mungkin beliau mampu bergerak bersendirian seperti menguruskan syarikat.
Operasi Terengganu
Peningkatan peratusan pengundi baru di kawasan parlimen Subang membimbangkan. Perbezaan dengan kawasan parlimen jiran iaitu Petaling Jaya Utara amat ketara.
Nama menteri besar Selangor didakwa dipindahkan menjadi pengundi kawasan parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Jika namanya turut menjadi mangsa, apa lagi rakyat biasa?
Dari segi logiknya, mustahil bagi rakyat Terengganu mengundi untuk membayar kembali cukai pintu. Tetapi itulah yang berlaku.
Selepas berjuang bermati-matian untuk mengembalikan royalti minyak di negeri tersebut, PAS 'dihukum' oleh rakyat. Operasi penambahan pengundi baru yang besar didakwa dijalankan untuk mengalahkan PAS dinamakan Operasi Terengganu.
Dikatakan operator-operator kepada "Operasi Terengganu" telah lama beroperasi di Selangor.
Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan untuk berhadapan dengan "Operasi Terengganu"?
Duduk dan hanya menyaksikan? Khayal dengan mimpi-mimpi indah untuk mengambilalih Putrajaya?
Pilihan raya ke-13 akan menjadi ibu kepada segala pilihan raya. Pertarungan hebat antara BN dan Pakatan. BN akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan kekuasaan untuk mempertahankan berbilion ringgit.
Sementara Pakatan pula menjadi popular dan dilihat mampu menggantikan BN. Sokongan kuat dari pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar akan menyaksikan negeri Johor juga berada dalam bahaya.
Sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya di negara dunia ketiga. Jika berlaku di Malaysia, ia akan menjadi sejarah pertama dunia.
Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.
source : http://malaysiakini.com/news/194175
Monday, March 26, 2012
Hasut, guling kerajaan
Oleh Hishamuddin Rais
Minggu lalu saya telah menjadi saksi di mahkamah tinggi dekat Jalan Duta. Ini kes enam reformis menyaman ketua polis negara sebelum ini Norian Mai. Saya salah seorang dari enam reformis yang menyaman Norian Mai atas dakwaan memfitnah dan membuat onar terhadap para reformis.
Pada 10 April 2001, ketika Norian Mai berkuasa sebagai ketua polis negara, dia telah menangkap 10 orang reformis. Para reformis telah ditangkap dengan tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Keesokan hari, pada 11 April 2001, Norian Mai telah membuat sidang akhbar. Pada 12 April 2001, semua akhbar telah membuat laporan tentang sidang akhbar ketua polis negara ini. Para reformis telah dituduh memiliki grenade launcher, ball bearing dan bom molotov.
Tetapi bukan tentang ini yang ingin saya tulis. Apa yang saya lakarkan ialah politik di belakang penangkapan ini. Dan apa dia pencerahan realpolitik terhadap kes ini.
Untuk memulakan pencerahan, saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan.
Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan "ingin menggulingkan kerajaan".
Parti politik DAP, PKR atau PAS semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan BN. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr Dzulkefy Ahmad ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin menggulingkan kerajaan. Nurul Izzah Anwar ingin menggulingkan kerajaan.
Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.
Politik jalan raya
Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menggulingkan kerajaan BN di Kelantan. Lim Guan Eng telah berjaya menggulingkan kerajaan di Pulau Pinang. Khalid Ibrahim telah berjaya menggulingkan kerajaan di Selangor. Nizar Jamaluddin telah berjaya menggulingkan kerajaan di Perak, tetapi dirampas kembali. Ini adalah bukti bahawa menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan.
Sekali lagi saya ingatkan, jangan sesekali kita ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menghasut'. Ceramah-ceramah yang disusun oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai.
Maklumat yang diberi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar mereka menolak kerajaan United Malays National Organisation dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna ceramah itu bertujuan untuk menghasut orang ramai agar bangun menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.
Jika kurang faham biar saya cerahkan lagi makna menghasut. Utusan Malaysia - akhbar milik United Malays National Organisation - setiap hari kerjanya menghasut.
TV3 juga milik gerombolan United Malays National Organisation kerjanya setiap saat menghasut. Iklan kasut baru dan iklan coli ketat minah cun yang terpampang di tepi jalan di belakang Mid Valley itu juga bertujuan menghasut.
Utusan Malaysia dan TV3 menghasut rakyat untuk membenci dan menolak kerajaan Pakatan. Utusan dan TV3 menghasut rakyat untuk menyokong kezaliman yang dijalankan oleh United Malays National Organisation. Begitu juga dengan iklan kasut dan coli minah cun. Iklan-iklan ini juga bertujuan menghasut orang ramai untuk menjadi pembeli.
Justeru menghasut bukan juga satu kesalahan. Malah menghasut rakyat untuk bangun menggulingkan kerajaan adalah tugas suci setiap warga Malaysia yang memiliki akal dan fikiran.
Ketika saya ditangkap bawah ISA pada 10 April 2001 dahulu, alasan tuduhan ialah: saya menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya. Atau dalam bahasa cool, saya berceramah untuk menghasut rakyat turun berdemo. Saya tidak pernah menafikan ini.
Malah bukan sahaja dalam ceramah saya menghasut rakyat agar turun berdemo, saya juga membuat teater untuk menghasut orang ramai untuk membenci Mahathir Mohamad dan United Malays National Organisation.
Saya juga telah berkali-kali menulis untuk menerangkan kepada orang ramai tentang politik jalan raya. Tulisan saya telah melakar kembali persejarahan politik Filipina dan Jakarta di mana ditaktor Marcos dan ditaktor Haji Muhamad Suharto telah digulingkan oleh ombak rakyat turun ke jalan raya.
'Saya menghasut maka saya wujud'
Malah saya juga - ketika itu di Pakistan - terlibat sama berdemo untuk menjatuhkan kerajaan zalim Shah Reza Pahlavi di Tehran pada tahun 1978. Untuk saya, semua ini bukan kesalahan. Untuk saya ini satu tugas suci yang wajib saya lakukan sebagai manusia yang memiliki akal, fikrah dan keintelektualan.
Ahli falsafah Perancis yang bernama René Descartes (1596-1650) berkata: "Saya wujud kerana saya berfikir."
Justeru saya pula berkata: "Saya menghasut maka saya wujud."
Menghasut untuk menggulingkan kerajaan yang zalim adalah wujudiah saya. Saya wujud dan amat bangga kerana saya menghasut orang ramai untuk bangun menentang gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk kerajaan dan rejim yang zalim, orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Di sini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita.
Mari kita lihat sejarah tunjuk perasaan yang membawa hasil kebaikan. Pada tahun 1998 dahulu satu gerakan ampuh ke jalan raya telah dimulakan oleh Gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi ini ingin menghalau Mahathir dari terus menjadi perdana menteri.
Tanpa tunjuk perasaan yang menghasut orang ramai untuk mengutuk dan memburukkan Mahathir pasti hari ini perdana Menteri malaysia masih lagi Mahathir Mohamad. Sahih demonstrasi yang dikatakan bukan budaya kita oleh Mahathir telah menumbangkan Mahathir Mohamad sendiri.
Bukti-bukti sahih di mana demonstrasi membawa hasil positif terus terkumpul sebagai ilmu pengetahuan. Ingati kembali para peguam yang turun berdemo di Putrajaya pada 27 September 2007. Ini dikuti dengan demo BERSIH yang pertama pada 10 November 2007. Beberapa minggu kemudian pada 25 November, Hindraf pula turun ke jalan raya.
Hasil mutlak dari semua tunjuk perasaan ini ialah kemenangan Pakatan dalam pilihan raya 8 Mac 2008. Tunjuk perasaan di jalan raya ialah tanda kemarahan rakyat.
Apabila orang ramai turun ke jalan raya, para demonstran ini telah memperkasa diri mereka. Memperkasa diri ini akhirnya diterjemahkan sebagai undi untuk Pakatan. Sesiapa yang berani menolak hakikat bahawa demo jalan raya akan membawa kemenangan di peti undi wajib diperiksa keupayaan otak mereka.
Santau radioaktif
Contoh terbaru di mana politik jalan raya telah membawa hasil positif ialah apabila 20,000 penunjuk perasaan keluar di Kuantan pada pagi 26 Febuari 2012 yang lalu. Para demonstran telah menentang kewujudan kilang nadi bumi Lynas.
Orang ramai telah diberi pencerahan tentang bahaya santau radioaktif yang akan dikeluarkan oleh kilang ini. Orang ramai juga telah dihasut oleh Himpunan Hijau untuk turun ke jalan raya.
Hasilnya, pada petang yang sama Najib Razak telah membuat kenyataan bahawa sisa-sisa santau radioaktif ini tidak akan disimpan di Gebeng.
Kenyataan putar belit Najib ini bercanggah dengan kenyataan awal yang mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini selamat. Justeru - terbukti - jika orang ramai tidak turun ke jalan raya pasti Najib tidak akan bersuara. Tanpa demo penentangan pasti warga di Gebeng akan disantau oleh radioaktif.
Justeru, pencerahan yang ingin saya sebarkan ialah demonstrasi, tunjuk perasaan dan politik jalan raya menjamin akan membawa hasil yang positif. Berdemo adalah berbaloi.
Apa yang saya ajukan ini bukan lagi teori. Ini bukan angan-angan. Ini adalah satu garis politik yang tepat. Ini pendekatan politik yang akan menghasilkan kemenangan untuk orang ramai.
Pada ketika setiap hari kerajaan Pakatan diserang. Pemimpin Pakatan diserang. Hanya politik jalan raya sahaja yang akan memastikan kerajaan Pakatan selamat. Politik jalan raya juga akan memastikan Pakatan berjaya merangkul kemenangan baru.
Saya mengajukan politik jalan raya ini kerana saya memiliki bukti yang sahih. Ketika saya disoal siasat selama 60 hari di 'bilik sulit' hingga ke Kamunting, pekara yang ditimbulkan berkali-kali oleh United Malays National Organisation ialah pandangan saya tentang demonstrasi.
Untuk saya cukup senang, jika musuh saya tidak suka perkara yang saya lakukan, maka ini bermakna apa yang saya lakukan itu adalah tepat. Jika musuh saya tidak marah dan tidak menyerang saya maka ini bermakna saya dan musuh telah sebati. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.
Demonstrasi telah membawa banyak hasil yang positif. Ini telah dibuktikan dengan betapa gentarnya Mahathir bila berhadapan dengan rakyat yang bangun menunjuk perasaan. Najib Razak juga tahu dan sedar akan keupayaan politik jalan raya membawa perubahan.
Justeru Najib dengan tergesa-gesa telah membuat akta baru sesudah tunjuk perasaan BERSIH 2.0. Akta baru ini adalah percubaan Najib untuk meneruskan kuasa United Malays National Organisation yang zalim.
Kalau dahulu saya menulis buku bertajuk: Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya, Kali ini saya mengajukan slogan "ke jalan raya sebelum ke pilihan raya".
source : http://malaysiakini.com/columns/191530

Monday, March 19, 2012
Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno
Bila ada org buat pendedahan yg UMNO amalkan politik wang semasa Piliharya Umum, bukan UMNO yg disiasat tetapi si pemberi maklumat yg disiasat utk pastikan betul ke apa yg dicakapkannya tu. bagus betul UMNO ni. dah la yg membuat pendedahan tu bekas menteri UMNO yg berpuluh-puluh tahun bergelumang dengan taktik-taktik licik UMNO.
***************************************
Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.
Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.
Wednesday, July 6, 2011
Datuk S. Ambiga kebal?
Kelmarin semasa menonton Buletin Utama di TV3, rakyat diberitahu oleh Polis Bukit Aman bahawa terdapat 4000 laporan polis telah dibuat terhadap Bersih2.0.BERNAMA pula pada 4/7/2011 turut melaporkan bahawa jumlah tangkapan pula seramai 220 orang, dan daripada jumlah itu 170 orang telah dibebaskan manakala selebihnya masih direman untuk siasatan. Tetapi mengapa sehingga ke hari ini Pengerusi Bersih2.0, Datuk Ambiga masih belum ditahan polis? Adakah 4000 laporan polis belum mencukupi untuk polis bertindak menangkap Datuk Ambiga yang mengetuai satu gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan? Jika betul Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi untuk merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan BN melalui demonstasi Sabtu ini mengapa beliau masih bebas. Adakah beliau yang juga seorang Peguam kebal daripada tindakan undang-undang?
Rakyat yang bijak dan waras akan mempertikaikan sekurang-kurnagnya 3 perkara:-
- Pertama, sahihkah jumlah 4000 laporan polis yang dikatakan telah diterima oleh pihak polis?
- Kedua, betulkah Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kerajaan?
- Ketiga, adakah Datuk Ambiga kebal daripada undang-undang kerana masih belum diberkas walaupun 4000 laporan polis telah dibuat di seluruh negara, sedangkan ramai penyokong BERSIH2.0 telah ditahan di merata lokasi di seluruh negara. Malah ada yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Maka akan timbul kecurigaan di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin, kerana polis bertindak menangkap penyokong-penyokong Bersih2.0 tetapi ketuanya dibiarkan bebas.
Disebabkan oleh itu, maka rakyat akan bertanya lagi:-
- Memandangkan Datuk Ambiga masih bebas walaupun pelbagai tuduhan telah dilontarkan di media-media arus perdana, rakyat mula ragu dengan dakwaan bahawa Bersih2.0 mempunyai agenda tersembunyi.
Kenapa rakyat ragu-ragu dan was-was?
- rakyat akan terkenangkan kes mendiang Teoh Beng Hock yang mana Suruhanjaya Siasatan Di Raja telah menemui banyak kepincangan yang telah berlaku dan tidak dibongkar semasa inkues awal kes tersebut. Integriti menjadi persoalan!
- semalam ASP Fauziah Che Mat, seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras yang memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM pada 6 April. Beliau menyatakan bahawa rakaman CCTV pada hari kejadian telah di'ganggu' oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.
- kes kematian arwah adik Aminul Rashid,15, yang mati ditembak polis dalam adegan kejar-mengejar di Shah Alam. Awalnya polis menyatakan bahawa sebilah parang telah ditemui dalam bonet kereta tersebut tetapi ia kemudiannya pemilik kereta iaitu kakak kepada si mati sendiri telah menafikan pernah melihat parang tersebut.. Siapakah yang meletakkan parang tersebut? Adakah ia benar-benar ada di dalam kereta sebelum kejadian tersebut? Wallahualam.
- apa jadi dengan 4 individu yang ditahan polis pada tahun 2008 sehingga dikatakan menjadi punca dakwat kekal bernilai hampir RM4juta tidak digunakan dalam PRU 12. Awalnya Ketua Polis Negara mengatakan 4 laporan polis diterima pada Februari 2008 tentang cubaan mencalitkan dakwat tersebut pada jari penduduk luar bandar oleh pihak tidak bertanggung yang kononnya memberitahu pengundi bahwa tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi. Kemudian pada 17 Mei 2008, pengerusi SPR pula telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada kabinet untuk membatalkan rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Adakah ini satu lagi penipuan dan pembaziran duit rakyat?!
Jika benar BERSIH2.0 berniat jahat untuk memporak-perandakan negara maka tangkaplah segera ketuanya. Kegagalan menangkap Datuk S. Ambiga membayangkan bahawa dakwaan dan tuduhan terhadap BERSIH2.0 adalah rekaan semata-mata. Berpuluh bilah parang, bom molotov dan baju BERSIH2.0 ditemui polis di kawasan berhampiran SOGO dan dikatakan diletakkan di lokasi tersebut untuk kegunaan rusuhan pada hari Sabtu ini. Masih tidak cukupkah lagi bukti untuk menangkap Datuk Ambiga? Sebagai rakyat Malaysia, kami musykil kenapa beliau masih tidak ditangkap sedangkan BERSIH2.0 pimpinannya dikatakan mengancam keselematan negara.
Walaupun dinasihatkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong supaya kerajaan duduk berbincang dengan BERSIH2.0 dan mengambil berat tentang amanah rakyat, belum kelihatan lagi usaha kerajaan BN ke arah itu melainkan tangkapan terus dibuat dan Menteri Dalam Negeri masih menegaskan BERSIH2.0 sebagai HARAM.
"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’."
DS Najib juga mengumumkan di hadapan pegawai-pegawai kerajaan bahawa jika BERSIH2.0 membuat perhimpunan di dalam stadium ia tidak akan diganggu. Mereka boleh berhimpun dan bertempik sepanjang hari tapi sekarang apa sudah jadi? BERSIH2.0 telah bersetuju berhimpun di stadium selepas mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, pelbagai alasan pula diberikan oleh kerajaan untuk memberi tekanan kepada BERSIH2.0. Mungkin mereka mengharapkan pemimpin dan penyokong BERSIH2.0 akan marah dan bertindak diluar kawalan supaya tangkapan boleh terus dibuatkan dan BERSIH2.0 boleh terus dipersalahkan.
Jika benar ianya bukan propaganda BN untuk memburukkan BERSIH2.0 dan jika benar BERSIH2.0 ancaman kepada negara, kenapa pengerusinya masih tidak ditahan polis? Mengapa, mengapa dan mengapa? Kini, rakyat nampak adalah selagi Datuk S. Ambiga tidak ditahan maka rakyat akan percaya bahawa semua ini adalah propaganda kerajaan BN sahaja. Tidak wujud ancaman pun. Parang boleh diletakkan oleh sesiapa sahaja berhampiran SOGO dan BERSIH2.0 dipersalahkan supaya kononnya rakyat akan percaya BERSIH2.0 memang mengancam negara. Betulkah BERSIH2.0 satu ancaman?

Wednesday, June 22, 2011
Bekas Mufti Perlis : Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik
Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;
Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara.
Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.
Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.
Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.
Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.
Perkara haram
Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.
Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.
Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Monday, May 30, 2011
Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban...
Baca : Rakyat Perlu Bersedia Tanggung Sebahagian Kos Subsidi - Muhyiddin

- GERIK, 29 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.
Beliau berkata kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu.
Kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Wahai YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketahuilah bahawa rakyat 1Malaysia sudah lama bersedia untuk bersama-sama memikul bebanan kenaikan harga petrol jika harganya naik lagi seperti yang Tan Sri war-warkan. Sejak sekian lama kami semua menerima sahaja kenaikannya walaupun ada di antara kami yang dulu mampu berkereta ke pejabat kini terpaksa bersesak-sendat dalam bas rapidKL, LRT dan KTM Komuter. Ketahuilah bahawasanya kami telah lama bersedia. Kami telahpun buktikan dengan pengorbanan kami menelan sahaja apa yang kerajaan mahu kami telan. Kenaikan harga petrol kami telan, kenaikan harga gula juga kami telan. Semalam Tan Sri meminta kami bersiap sedia untuk menelan lagi kenaikan baru harga petrol. Pasti enak rasanya untuk kami telan lagi.
Kami bersedia sahaja demi kerajaaan yang kami sayang. Minta kami bayar cukai pendapatan kami turutkan. Apa lagi wahai Tan Sri? Pohonlah apa sahaja akan kami tunaikan. Akan kami telan sampai kami muntah darah, semuanya kerana Malaysia.
Cuma kali ini kami ada satu sahaja permintaan. Selepas banyak permintaan kerajaan kami telan, kami cuma nak minta satu sahaja. Cuma satu sahaja yang kami minta, dan kami takkan minta apa-apa lagi kalau permintaan kami yang satu ini dapat Tan Sri dan kerajaan BN tunaikan. Kami berjanji jika permintaan yang satu ini dapat Tan Sri penuhi, undi kami memang kami janjikan untuk Barisan Nasional.
Cuma 1 yang kami minta, hentikan segala bentuk pembaziran daripada yang duit cukai yang telah kami bayar dan yang kami amanahkan kepada kerajaan untuk menggunakannya untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Duit cukai yang kami bayar ini bukan untuk subsidi kepada IPP atau menyelamatkan projek-projek kroni sehinggakan subsidi untuk rakyat pula TERPAKSA ditarik balik. Tan Sri kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah RM10 billion tetapi kini telah mencecah RM18billion, tetapi kami pelik kenapa subsidi untuk IPP RM19billion tidak ditarik balik? Mereka ada membayar cukai ke? Kami bayar! Mereka menikmati subsidi daripada duit rakyat sebanyak RM19billion tetapi masih mampu menjana keuntungan. Kami juga yang menanggung rugi. Jika sudah untung banyak untuk apa lagi dibayar subsidi? Adakah ini bukti Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?
Memang ada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan IPP tetapi kita semua tahu ianya berat sebelah kerana kepentingan rakyat bukan keutamaan semasa menandatangani perjanjian tersebut. Samada ia kesilapan teknikal atau disengajakan hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jika kerajaan sedar ianya berat sebelah mengapa tidak dibawa ke meja rundingan semula?. Pengusaha IPP juga rakyat Malaysia, mereka juga manusia. Bawalah ke meja rundingan, perjanjian itu ciptaan manusia dan ia boleh diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Malangnya kami tidak nampak usaha yang telus dilakukan untuk membatalkan perjanjian tersebut. Jika hal pertelingkahan ideologi politik boleh diheret ke mahkamah mengapa hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak boleh dipertahankan?
Bukan ini saja... banyak lagi pembaziran yang berlaku. Jika semua pembaziran ini dapat diberhentikan maka kami dengan rela hati akan menelan kenaikan harga petrol kali ini dan juga kenaikan-kenaikan pada masa hadapan serta kami berikrar dan berjanji undi kami akan sentiasa untuk Barisan Nasional. Antara pembaziran yang kami maksudkan (cuma sebahagian):-
1. RM500juta komisen kapal selam kepada Perimekar sepatutnya disalurkan kepada pembangunan rakyat.
2. RM111juta utk PERMATA di bawah First Lady of Malaysia Office (perlukah semua ini sedangkan isteri PM yang terdahulu tidak pun memerlukannya)
3. RM50juta untuk pembangunan email 1Malaysia
4. RM50sen dibayar oleh agensi kerjaan bagi setiap email yang dihantar kepada 27juta rakyat Malaysia
5. Ketelusan dalam pembahagian peruntukan Ahli Parlimen. Peruntukan untuk Parlimen Pembangkang tidak disalurakan. Ianya adalah duit cukai rakyat yang diperlukan untuk menbangunkan kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bukan duit BN.
6. .....
Kami keliru kerana kami dihantar ke sekolah kerajaan supaya kami menjadi cerdik pandai, agar kami boleh membantu menbangunkan negara Malaysia. Kenapa apabila kami bersuara, pendapat kami dibangkang buah fikiran kami dinafikan. Untuk apa kami menjadi cerdik pandai jika idea kami tidak dipertimbangkan. Jika kami lari meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki dan pengalaman diluar negara, kami dikatakan tidak mengenang budi. Kami diberitahu bahawa kerajaan mahukan kami pulang untuk berkhidmat membangunkan Malaysia, kami bersedia pada bila-bila masa. Tapi apakah jaminan nasib kami tidak serupa dengan mereka yang sedia ada di Malaysia. Kami tidak mahu menelan apa yang kami tak mahu telan.
Apa yang kami boleh buat jika kabinet memutuskan untuk menaikkan harga petrol selepas kenaikan harga gula baru-baru ini?. Kami terpaksa telan kerana petrol adalah nadi kehidupan, petrol kini sama pentingnya dengan keperluan asas lain; letrik dan air. Tanpa petrol bolehkah kita meneruskan kehidupan harian kita dengan teratur? Tanpa petrol bolehkah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita? Tanpa petrol mampukah kita bergerak ke tempat kerja? Petrol adalah barangan asas untuk manusia hari ini. Ia bukan lagi barang mewah. Apa pilihan kami? Kami cuma ada 1 pilihan iaitu telannnnn!...walaupun perbelanjaan bulanan membeli petrol kami kini melebihi kenaikan gaji tahunan kami. Hilang makna kenaikan gaji apabila semuanya ditelan oleh kos petrol yang meningkat. Bagaimana dapat kami meningkatkan taraf hidup keluarga kami dan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak kami jika pendapatan kami tidak mampu menampung keperluan harian kami?. Bukan seorang yang mengalami penderitaan ini tetapi jutaan rakyat kelas menengah dan kelas bawahan mengalami masalah yang sama setiap hari. Kepada siapa harus kami meminta pertolongan? Hanya kepada Tuhan kami bermohon semoga dipermudahkan perjalanan hidup kami dan dipermurahkan rezeki kami, serta dikurniakan untuk kami pemimpin yang adil dan bijaksana. Amin
Ikhlas daripada
Anak Malaysia Prihatin

Tuesday, April 26, 2011
Pakatan Rakyat perlu berSATU!
Bukan 1Malaysia yang ingin saya perkatakan tapi 1PR iaitu tentang Pakatan Rakyat yang masih lagi belum mampu bersatu sepenuhnya!
Di saat kita sibuk melaungkan bantahan ke atas usaha DS Najib mewujudkan 1Malaysia, kita lupa bahawa PR sebenarnya masih belum berSATU. Zahirnya DAP, PAS & PKR kelihatan macam sudah bersatu di bawah payung PR tapi batinnya masih belum bersatu. Sedarkah kita? Kita sebenarnya dibutakan oleh istilah gabungan PR yang pada hakikatnya belum pun bergabung.Apa yang menggerakkan saya untuk berkata begiini adalah daripada pemerhatian saya terhadap feedback pengundi di PRN Sarawak. DAP menang besar, PKR boleh tahan tapi PAS lingkup. Kenapa? Walhal PAS juga sebahagian daripada PR.
Sedarkah kita bahawa telah tiba masanya untuk PR bertanding dengan 1 logo sahaja bukannya lagi 3 logo berasingan. 1 logo iaitu logo gabungan PR! Kenapa? Kerana ada pengundi yang masih tidak melihat PAS sebagai PR tetapi melihat PAS sebagai PAS. Di semenanjung PAS telah boleh diterima oleh bukan Islam dan nampak jelas PAS adalah sebahagian daripada roh PR. Tetapi di Sarawak lambang Bulan tidak dapat dilihat dengan jelas sebagai mewakili PR kerana bila ternampak Bulan, perkara pertama yang akan terlintas diminda pengundi adalah sebuah parti Islam yang ekstrim. Itulah yang digambarkan oleh media arus perdana kepada pengundi-pengundi. Sanggupkah pengundi yang majoritinya bukan Islam mengambil risiko untuk memangkah Bulan berbanding Dacing?(walaupun dacing tersebut berat sebelah).
Jika PR ingin melihat agenda besarnya berjaya, maka sesuatu perlu dilakukan segera agar PR boleh berjaya pada PRU 13 nanti. Kenapa DS Anwar, Lim Kit Siang dan Hj Hadi belum bersedia mengambil langkah-langkah untuk membolehkan PR bertanding atas 1 logo gabungan PR adalah di luar capaian minda saya. Adakah mereka sendiri tidak yakin yang PR mampu kekal lama? Agenda Pakatan Rakyat adalah agenda untuk rakyat dan untuk negara kita Malaysia. Maka tidak ada satu perkara pun yang boleh menghalang PR daripada meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai yang paling utama dan perlu menolak ke tepi kepentingan peribadi. Di sebabkan PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa, sempatkah lagi untuk PR bertindak jika hari ini PR masih teragak-agak?
Untuk ke Putrajaya, PR perlu menang besar di Sarawak dan Sabah semasa PRU 13 nanti. Mampukah PR menang jika persepsi rakyat di sana masih tidak dapat melihat PR sebagai SATU kerana mereka masih melihat lambang Roket, Bulan dan Mata di kertas-kertas undi. Ini sepatutnya menjadi agenda jangka pendek PR yang terpenting dan PR mesti bertindak sekarang atau PR akan tidak sempat untuk merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti. Waktu sudah singkat, Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja. Lebih memeritkan lagi jika kerajaan BN sengaja melengahkan proses pendaftaran gabungan dengan pelbagai karenah birokrasi yang kita semua sedia maklum.
Kepada yang berkuasa, kami tahu anda sengaja dipalitkan dengan pelbagai kes dan tohmahan supaya dapat mengganggu fokus pemimpin-pemimpin dalam merapatkan saf PR. Tapi percayalah rakyat akan sedaya upaya membantu andai jalan yang jelas dapat diperlihatkan. Jentera sepatutnya telah lama bermula dan sayap-sayap sepatutnya telahpun mahir untuk terbang bukan lagi masa untuk berlatih tetapi masa untuk berperang. Bukan perang secara fizikal tetapi perang minda dan akal untuk menakluki minda-minda yang tercemar dan sesat akibat fitnah media arus perdana.
Bagaimana nak Ubah Sekarang jika kaki dan tangan masih belum mula bergerak?
Subscribe to:
Comments (Atom)