tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, May 6, 2008

Nepal guna dakwat kekal untuk Pilihanraya Pertama

Salam..

Saya kongsi artikel yang ditulis oleh salah seorang wakil dari Malaysia yang mewakili Institut Nasional Untuk Integriti Pilihanraya yang berpeluang menyertai delegasi Asian Network for Free Election (ANFREL) seramai 100 orang dari 27 negara untuk memantau perjalanan pilihanraya pertama yang bersejarah bagi Negara Nepal.


Dalam pilihanraya ini, penggunaan dakwat kekal menarik perhatian saya. Walaupun Nepal baru sahaja selesai konflik dan masih terdapat beberapa kumpulan ekstremis bersenjata yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, Suruhanjaya Pilihanraya Nepal meneruskan penggunaan dakwat kekal sebagai satu cara untuk menggelak berlakunya pengundian berulang.

nepal election indelible ink 230408 finger(foto kanan: sisa-sisa dakwat di Nepal masih melekat di kuku penulis selepas 10 hari)

Pada hari pilihanraya, sejak awal pagi lagi kelihatan ramai rakyat beratur untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Di Saptari, walaupun berlaku “hartal” untuk memboikot pilihnaraya, kelihatan ramai rakyat di kesemua tempat mengundi yang dilawati.

Pemboikotan pilihanraya yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan ektremis bersenjata puak Madhesi seakan-akan langsung tidak mempengaruhi pengundi di daerah tersebut - rakyat tidak kira tua dan muda berpusu-pusu ke tempat mengundi.

Penggunaan dakwat kekal berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal diterima oleh rakyat Nepal dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap penjalanan pilihanraya. Penerimaan ini termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman yang mempunyai majoriti rakyat tidak berpendidikan.

Apabila menyaksikan kejayaan pilihanraya di Nepal dan penggunaan dakwat kekal, terlintas di fikiran saya mengenai apa yang berlaku di Malaysia empat hari sebelum pilihanraya umum ke-12. Pada ketika itu pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kita membatalkan penggunaan dakwat kekal beralasankan isu keselamatan.

nepal election indelible ink 230408 applying the inkMenurut Abdul Rashid Abdul Rahman, SPR terpaksa membatalkan cadangan itu setelah mengambil kira laporan keselamatan yang mereka terima. Laporan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara.

Pihak tersebut dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Abdul Rashid lagi, jika pengundi itu hadir untuk membuang undi pada hari pilihanraya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan dalam kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi tersebut. SPR juga mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bercanggah dengan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan.

Sementara ketua polis negara Musa Hassan yang turut bersama-sama dalam sidang akhbar bagi membatalkan penggunaan dakwat kekal berkata bahawa polis sedang menyiasat empat kes membabitkan empat orang individu berlainan yang disyaki cuba melakukan penipuan dakwat kekal.

Keempat-empat lelaki berkenaan, yang bekerja sendiri dan berusia 20 hingga 33 tahun, sedang disiasat kerana cuba menipu.

"Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk mencalitkan dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan bahagian jenayah perdagangan sedang menyiasat," katanya. (Utusan Malaysia, 5 Mac)

polling day 080308 ling hee leong observing ballot boxSehingga hari ini masih lagi belum kedengaran nasib empat lelaki yang ditahan oleh polis kerana cubaan menipu dengan menggunakan dakwat kekal. Apa kata Musa Hassan tentang ini? Bilakah polis akan mendedahkan hasil siastan mereka?

Jika benar terdapat empat individu yang ingin melakukan penipuan dakwat kekal, apakah rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga boleh ditipu dengan begitu mudah? Jika rakyat Nepal yang tinggal di kawasan pedalaman dan kurang berpendidikan tidak ada sebarang masalah untuk menggunakan dakwat kekal, apa masalahnya dengan rakyat Malaysia?

Jika dibandingkan dengan Nepal, situasi keselamatan di Malaysia jauh lebih baik, “ibarat langit dan bumi”.

Apa kata anggota SPR yang menyaksikan penjalanan pilihanraya di Nepal pada 10 April lalu?

Mungkinkah persoalan ini boleh ditujukan kepada timbalab pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang mengepalai delegasi SPR ke Nepal baru-baru ini.

Berikut pula adalah jawapan kepada pembatalan penggunaan dakwat kekal ketika PRU12 di Malaysia. Adakah otak SPR Malaysia lebih mundur dari mereka di Nepal yang baru pertama kali berpilihanraya, inikah pilihanraya yang telus? Memang benar kata DSAI, kalau tidak kerana pembatalan penggunaan dakwat kekal ini maka BN dah bungkus!!!



Di bawah adalah petikan berita daripada persidangan Dewan Rakyat...
(http://malaysiakini.com/news/82399)

Keputusan kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membatalkan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat berasaskan khabar angin, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Pendedahan yang mengejut itu terkandung dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.


Hari ini, diri saya dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan telah hilang terus kepercayaan kepada SPR dan polis yang tidak telus dalam melaksanakan keadilan di Malaysia. Tindakan wajib diambil kepada pihak bertanggunjawab untuk membuat laporan polis palsu berdasarkan khabar angin semata-mata. (atau memang tiada khabar angin tetapi laporan polis itu dilakukan semata-mata supaya penggunaan dakwat kekal dibatalkan.)

Memang membazir... ganti semula duit rakyat berjuta RM yang dihanguskan untuk membeli dakwat kekal tersebut!!! Sebagai pembayar cukai, saya mahu rebat diberikan kerana duit cukai pendapatan yang saya bayar telah disalahgunakan oleh manusia-manusia yang dilaknati ini.!!!

Kenapalah manusia-manusia dungu ini dibiarkan bermaharajalela... Muak saya melihatnya... Makin benci rakyat kepada mereka dan juga kerajaan yang tidak berakal!!!!

1 comment:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Selama ini saya hanya membaca kritikan pembangkang terhadap EC. Mungkin pada pilihanraya2 sebelum ini, saya masih terlalu muda untuk memikirkan mana yang betul dan mana yang salah. Setiap kali pembangkang mengkritik EC, saya akan beranggapan itu semua disebabkan mereka kalah. Kalau mereka menang mungkin mereka dah senyap.

Tetapi apabila isu penggunaan dakwat ditimbulkan dan dibatalkan penggunaannya beberapa hari sebelum PRU12 yang mana alasan yang diberikan tidak masuk akal langsung, saya terus meragui kredibiliti EC dan konco2nya. Saya percaya itu semua hanyalah propaganda mereka untuk menutup kelemahan mereka atau pun sekadar gimmick murahan parti pemerintah untuk mengaburi mata rakyat.

Bagi saya, apa yang berlaku hanya lebih menampakkan kepincangan pemerintahan Pak Lah. Tiada apa yang dilakukan selepas PRU12 oleh Pak Lah dan konco2nya untuk memenangi semula hati rakyat.

Saya ada mengulas isu ini dalam blog saya. Sila lawati di http://www.rozaimims.blogspot.com