Saya amat terkilan apabila kerajaan tidak sedikitpun mempertahankan Petronas apabila ia ditekan bertalu-talu akibat kenaikan harga minyak. Petronas sebagai entiti kebangsaan hanya berdiam diri walaupun diperbodohkan oleh pemiliknya sendiri (kerajaan Malaysia) apabila Petronas dikambinghitamkan berkaitan isu harga minyak ini. Kerajaan tahu, jika kerajaan menyatakan bahawa Petronas tidak terlibat dalam isu subsidi dan kenaikan harga minyak, maka kerajaanlah yang akan dihentam oleh rakyat, maka kerajaan memilih untuk senyap dan selamatkan diri sendiri. Tetapi sehingga bila kerajaan hendak bertindak begini, rakyat sebenarnya tahu tetapi memerhatikan kebengapan kerajaan yang menyangka bahawa rakyat masih dungu. Memang ada rakyat yang menyokong kerajaan dan percaya bahawa Petronas harus dipersalahkan (sebenarnya dikambinghitamkan untuk memberi nama baik kepada kerajaan!)
Hari ini, kita dapat melihat banyak stesen NGV sedang dalam pembinaan di stesen Petronas sedia ada. Kerajaan sepatutnya memperjelaskan pendirian kerajaan berkaitan subsidi dan masa depan harga NGV di Malaysia. Pelaburan Petronas membangunkan 200 stesen NGV adalah untuk membantu rakyat, kerana ia memang tidak menguntungkan. Lebih banyak NGV dijual maka lebih banyak Petronas menanggnug kerugian kerana Petronas memnsubsidi RM2 untuk setiap liter padu gas NGV. Peningkatan jualan hanya akan meningkatkan kerugian Petronas, yang secara tidak langsung akan mengurangkan keuntungan tahunan Petronas dan seterusnya mengurangkan lagi jumlah bayaran oleh Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai,rebet, dividen dan lain-lain.
Pada saya, NGV bukanlah penyelesaian yang bijak. Petronas berhak menjual NGV pada harga RM1.34 seliter padu (50% daripada harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh kerajaan) tetapi Petronas masih memilih untuk berkorban untuk rakyat.
Jika semakin ramai rakyat memasang NGV pada kenderaan mereka (Proton juga akan mula mengeluarkan kenderaan berasaskan NGV untuk pasaran) maka jika Petronas suatu hari nanti tidak mampu lagi untuk mensubsidi harga NGV, apa yang akan terjadi? Kerajaan mungkin memandang mudah hal ini, kerana bukan kerajaan yang mensubsidi harga NGV; tetapi kerajaan sepatutnya telah mula menganalisa untuk merangka plan perancangan NGV untuk rakyat Malaysia, suatu pelan yang mengambillkira kepentingan rakyat dan juga kepentingan Petronas. Ini adalah amat penting untuk masa depan negara!
Kerajaan Pak Lah didapati memandang remeh hal-hal perancangan yang menjadi punca kepada banyaknya keputusan last minute dan flipflop (yang menjatuhkan kredibiliti kerajaan itu sendiri). Rakyat melihat dan sedar akan hal ini, jika dalam masa 4 tahun ini keadaan masih sama maka PRU 13 bakal menjadi mimpi ngeri buat BN! Jadi bertindaklah sementara Allah memberikan anda masa dan kuasa. Berkerjalah seumpama anda akan memerintah Malaysia selama-lamanya, dan beringat-ingatlah seolah-olah esok hari anda akan dijatuhkan daripada kerajaan yang memerintah. Hanya yang terbaik yang rakyat mahukan bukannya merompak harta rakyat untuk kepentingan peribadi.
No comments:
Post a Comment