tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, October 14, 2008

Unsolved Mystery 1 : March 8 Permanent Ink!


Kes pembatalan penggunaan dakwat kekal dalam PRU12 masih tak berjawab. Kononnya ada tangkapan dibuat, kononnya ada sabotaj.. dan terakhir SPR mengatakan menerima arahan daripada pihak atasan.

7 bulan telah berlalu, pihak yang terlibat pasti mengharapkan ia akan luput daripada ingatan rakyat Malaysia.

PDRM perlu menjelaskan siapa yang ditangkap, apa tuduhan dan hasil siasatan kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan laporan yang mengatakan PDRM mengesan cubaan mensabotaj penggunaan dakwat kekal. Maka, Buktikan! atau rakyat Malaysia akan terus menganggap semua badan kerajaan mudah dijual beli termasuk agensi penguatkuasaan!

Apa gunanya Pelan Intergriti peringkat Nasional jika mereka yang merancangnya sendiri tidak berintegriti.

Malu rasanya menjadi rakyat Malaysia yang diperbodoh-bodohkan oleh kerajaan yang diundi sendiri oleh rakyat. Ketika kita sudah 12 kali melangsungkan pilihan raya masih terlaung-laung ianya tidak telus. Malu menjadi rakyat Malaysia, tika rakyat Nepal baru sahaja merasai PRU Pertama untuk negara mereka lebih maju kehadapan dan BERANI menggunakan dakwat kekal untuk menjamin keputusan yang TULUS dan ADIL!

Tidak malukah mereka yang menjadi pemimpin tetapi kemenangan mereka dikata tidak telus dan jujur? Buktikan kenyataan ini salah dengan mendedahkan apa hasil siasatan kes kononnya ada pihak yang cuba mensabotaj penggunaan dakwat kekal.

Kami rakyat Malaysia LAYAK untuk tahu kerana kerajaan melalui SPR telah membazirkan lebih RM1 juta DUIT RAKYAT untuk membeli dakwat kekal yang akhirnya akan dibuang ke longkang. RM1 juta bagi pemimpin atasan mungkin celah gigi sahaja tapi bagi kami rakyat Malaysia, RM1 membolehkan kami terus hidup setiap hari!

Dunia makin ke hadapan tapi kita berjalan gostan!

No comments: