Perbicaraan kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.
Jumlah hari yang ditetapkan untuk perbicaraan itu adalah 39 hari.
Karpal sebaliknya mencadangkan perbicaraan dijalankan sepanjang Julai.
Selepas perbincangan dengan peguam bela dan juga pihak pendakwaraya di kamar hakim, akhirnya semua pihak yang terbabit bersetuju dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan itu.
Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
No comments:
Post a Comment