tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, January 10, 2011

Kisah Nazir Razak

source : http://putridjaya.wordpress.com/2011/01/08/tahun-baru-cerita-sama/

1. Selamat Tahun Baru 2011 kepada teman2 setia laman sesawang hamba ini.

2. Tahun mungkin baru tetapi cerita dari Putrid Jaya masih sama. Komplot berterusan dan kini si adik Nazir Razak cuba mempengaruhi abang Perdana Menteri untuk melantik Raja Khazanah Nasional Berhad, Azman Mokhtar, sebagai Menteri Kabinet.

3. Menteri apa? Menteri Kewangan II yang sekarang disandang oleh Ahmad Husni Hanadzlah atau Menteri Unit Perancangan Ekonomi yang diterajui oleh Nor Mohamad Yakcop.


4. Memang tak salah. Azman Mokhtar antara orang yang cerdik di Malaysia. Dia kan dulu menerajui Bina Fikir, con-sultant yang hebat bikin turn-around Malaysia Airlines. Sekarang dia Raja Khazanah. Semua duit kita dia simpan dan belanja dengan arif.

5. Yang penting Azman juga yang serba tahu semua. Semasa skandal rasuah Alcatel di Telekom Malaysia tahun 2006 yang di hebohkan oleh SEC dan DoJ US, Azman antara mereka yang tidak mahu endah lapuran buruknya sistem Alcatel tetapi sanggup mengesyorkan syarikat itu dan cuba memburukkan pengarah2 yang tidah sehaluan dengan nya.

6. Tak percaya? Tanya pengarah2 Telekom semasa itu. Mengapa Nur Jazlan Mohamed berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa odit? Mengapa Rosli Man dipinggirkan. Mengapa Telekom Malaysia International dikeluarkan daripada Telekom Malaysia? Supaya Azman boleh kuasai secara langsung?

7. Cerita besar kerugian Khazanah belum terbongkar lagi. Usaha2 Azman dan konco2nya menyebabkan kerugian sebanyak US$600 juta apabila pelaburan di Tabung Olivant yang dijalan oleh Lehman Brothers telah hancur berkecai. Lehman Brothers tidak ada lagi. Olivant tidak ada lagi. US$600 juta duit Khazanah tidak ada lagi.



8. Pelaburan lain Khazanah menemui ajal yang sama. Syarikat Langkawi Tuna sudah habis manakala syarikat pertanian Khazanah seperti Blue Archipelago, Malaysian Agri Food, Bio Tropics dan Cold Chain Network sekarang kehilangan ketua eksekutif dan digantikan dengan konco2 Azman. Yang nyata, tiada pulangan dari pelaburan2 ini.

9. Jadi mengapa Nazir yang tamak duit dan menggunakan nama abangnya masih mahu Azman sebagai Menteri. Kan lebih baik Azman di Khazanah dan si-adik boleh bermaharajalela dengan fi perbankan dari mergers and acquisition seperti UEM Land-Sunrise, PLUS, Maxis dan lain2.

10. Jawapan senang. Kerana dia ingin menebus hutang kepada Azman yang telah memberi dia semua kerja2 perbankan GLC yang tolong membuat Nazir lebih kaya lagi. Tanpa kerja GLC, CIMB hanya bank biasa dan Nazir hanya tokoh bank biasa, tidak menyerlah.

11. Semenjak beberapa bulan ini bila ura2 ada pertukaran Kabinet, Nazir asyik minta si-abang Perdana Menteri untuk menilai potensi Azman sebagai Menteri EPU atau Kewangan II. Maklumlah Idris Jala sudah naik, tak kan Azman yang lebih arif juga tidak naik menjadi Menteri.

12. Rasional Nazir senang. Dengan Azman sebagai Menteri EPU atau Kewangan II,  dia boleh diberkati deals daripada GLC2 dan juga apa2 projek pengswastaan kerajaan. Kerana Husni dan Nor Mohamad tidak memberinya penghormatan sebagai adik Perdana Menteri. Dia hanya tokoh bank sama seperti tokoh2 bank yang lain. Sebab itu, Azman penting sebagai Menteri.

13. Kerenah2 Nazir mengunakan nama Najib Razak sudah memburukkan Perdana Menteri sampai isteri PM Rosmah Mansor sendiri telah memberi arahan supaya tokoh bank Malaysia ini tidak dibenarkan di Seri Perdana. Tanya saja pak2 guard di sana. Pernah lihat Nazir di sana? Tak, dia di Oxford, di merata tempat tapi tak boleh bertapak kaki di Seri Perdana. Datuk Sakmongkol AK47 pun tahu kisah ini.

14.  Tetapi Nazir orang yang pandai. Dia tidak payah melawat Seri Perdana. Dia hanya perlu bisik kepada PM. Berilah peluang kepada kroni2 dan konco2 nya yang nampak cerdik tetapi telah merugikan negara kita dan membocorkan Khazanah Nasional Berhad.

15. Kalau nak menjadi bankrap seperti yang dikatakan oleh Idris Jala amat senang. PM lantik Azman Mokhtar sebagai Menteri. Apa yang dia lakukan di Khazanah, dia boleh ulang sebagai Menteri.

No comments: