tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, January 9, 2011

Rogol Amah : Surat Penafian oleh Mangsa Rogol ?

Aku tak tahu bagaimana sekeping surat yang dikatakan ditulis oleh Robengah ini (lihat diakhir entry)bagi menafikan akan dakwaan beliau dirogol oleh seorang Menteri di Malaysia ini boleh sampai ketangan seorang blogger Pro-UMNO yang dikatakan bertaraf Doktor begitu cepat sekali.

Nak dikatakan dihantar melalui e-mail rasanya tak mungkin kerana Robengah dikatakan tinggal di pendalaman Indonesia,sedangkan di Hulu Selangor pun banyak tempat yang tak ada kemudahan internet..

Nak katakan dikirim melalui fax.. juga tak mungkin rasanya pasal tak nampakpun sebarang tanda-tanda surat itu telah difax..

Nak dikatakan melalui pos.. takkanlah 07.01.2011 surat diposkan dari pendalaman Indonesia boleh diterima pada hari yang sama oleh penerimanya di Malaysia tak sampaipun 24 jam sedangkan kalau menggunakan pos lajupun akan mengambil masa lebih dari 24 jam..

Waduh!! pening aku memikirkan.. hebatya pos Indonesia..




Berita berkaitan..

Pembantu rumah nafi pernah diperkosa menteri Malaysia

JAKARTA, 7 Jan — Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.

Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.

“Sudah ada keterangan langsung dari pembantu rumah itu dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja dengan keluarga majikan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak senonoh,” kata Jumhur dalam kenyataan kepada detikcom.

Jumhur berkata empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Semarang itu telah mengadakan pertemuan dengan pembantu rumah itu dan suaminya.

Pembantu rumah itu telah memberitahu keempat-empat petugas itu bahawa beliau bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Rais dan Datin Seri Masnah Rais, kemudian kembali ke kampungnya di provinsi Jawa Tengah.

“Saya juga sudah melaporkan penjelasan pembantu rumah itu kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar,” kata Jumhur.

Jumhur meminta semua pihak agar berhati-hati dalam soal kes dakwaan kononnya berlaku pemerkosaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh Menteri Malaysia itu, “sebab, ini melibatkan nama baik pembantu rumah itu bersama keluarganya, yang
masa ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya”.

Di KUALA LUMPUR pada Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Bernama

Sutar berkenaan yang diambil dari blog MIM

Perhatikan tarikh surat ditulis.. dan perhatikan kalender anda..

Bagi aku ini hanyalah satu percubaan memperbodohkan rakyat Malaysia oleh blogger Pro-UMNO yang taksub dengan pemimpin-pemimpinnya..
 
source : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/01/rogol-amah-surat-penafian-oleh-mangsa.html

No comments: