Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul
sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.
Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Radzi
ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan
ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak
dalam insiden semalam.
Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
source : http://malaysiakini.com/news/196436
No comments:
Post a Comment