"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.
Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.'
Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali.
"Sudah hantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.
Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit.
Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah:
- Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
- Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
- Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
- Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
- Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
- Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
source : http://malaysiakini.com/news/194277
No comments:
Post a Comment