Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat optimis pihak berkuasa
akan menjalan siasatan sebaik-baiknya terhadap seorang wanita yang
ditahan atas tuduhan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun,
bekas menteri besar Kelantan itu berkata, membelakangkan titah sultan
untuk mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan
dalam kategori sama.
"Di
sebuah negeri, pernah sultan negeri berkenaan bertitah di dalam dewan
agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di
lautan negeri ke pantai yang terdekat.
"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.
"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.
Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya
dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja
Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta
maklumat orang ramai.
Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap
wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.
http://www.mkini.co/news/232253
No comments:
Post a Comment