tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, May 25, 2009

Blogs : Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM! (II)

source http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/saman-la-raja-petra-tu-datuk-seri-pm-ii.html

Polis pernah membawa balik orang kuat Parti Komunis Malaya, Musa Ahmad dari Beijing. Polis juga pernah membawa balik Ashaari Muhammad dari Siam. Ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri, polis-polis cawangan khas (SB) yang berkerja bersama-sama saya selalu berkata dengan bangganya bahawa polis Malaysia "is one of the best in the world".

Pada masa itu, iatu selepas 1982, PAS dikategorikan sebagai ancaman. Saya tak lupa bagaimana kawan saya yang sedang menjalani latihan di SB School bercakap pandai tentang gerakan Islam. Beliau menayang-nayangkan pengetahuannya tentang pemikiran Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya. Ketika menziarahi kami di hari cutinya, saya lihat beliau membawa bersama-samanya buku-buku yang ada dalam silibus tarbiyyah PAS.

Dalam hati, walaupun terdetik bahawa "SB Malaysia is one of the best in the world," saya berkata, "celaka sungguh!"

Pada pertengahan tahun lapan puluhan (selepas saya berhenti dari Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 1983), ketika saya disoal siasat oleh tiga orang pegawai polis dan anggota SB yang menjadi kawan saya ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri turut berada di situ menyaksikan saya disoal siasat (di mana sebelum itu beliau memberikan sekotak rokok Benson & Hedges 20 batang kepada saya - hanya Allah s.w.t. yang tahu tujuannya berbuat demikian), saya mengakui saya kantoi beberapa kali apabila mereka mengasak saya pelbagai soalan dan sudah tentu termasuk leading questions mengenai PAS.

Akhirnya, bila saya dah tak tentu arah, entah macam mana tanpa dirancang, saya menyebut, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Tanpa saya sangka, tiba-tiba mereka naik marah kepada saya dan menghambat saya balik apabila saya kata "SB Malaysia is one of the best in the world!" Oleh kerana entah berapa pintu yang terpaksa saya lalui untuk sampai ke bilik soal siasat tersebut sebelum itu, saya jadi tak ketahuan nak cari jalan keluar. Terpaksalah saya minta tolong dengan salah seorang anggota polis di situ. Dengan izin Allah, nasib baik dia tolong.

Dalam perjalanan pulang, saya mengutuk-ngutuk diri sendiri. Walaupun saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal lidah saya, tapi saya rasa sangat berdosa kepada PAS kerana ada juga yang saya kantoi. Saya rasa hendak campak sekotak rokok yang diberikan kepada saya itu, tetapi tak sampai hati pula kerana rokok itu diberikan oleh kawan saya - walaupun dia seorang SB.

Saya menceritakan pengalaman di atas untuk menyatakan betapa bangganya polis Malaysia apabila disebut bahawa pasukan mereka "is one the best in the world".

Saya tak tahu mengapa pegawai-pegawai polis yang saya ceritakan di atas tiba-tiba marah kepada saya dalam soal siasat yang saya lalui itu. Mungkin mereka rasa terhina apabila saya kata, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Mungkin mereka fikir saya memperlecehkan mereka - seolah-olah saya kata mereka terlalu koro dalam mencari maklumat sehingga terpaksa bertanya kutu macam saya. Padahal, saya tidak berniat demikian.

Saya sendiri pun tak tau macam mana saya boleh berkata begitu. Yang pasti, saya sangat gelabah waktu itu hingga terlintas dalam hati, "Kalaulah aku ada ilmu ghaib!"

Hari ini, Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang entah ke mana. Polis mendakwa beliau berada di Brisbane. tetapi, RPK seolah-olah mempermain-mainkan mereka apabila beliau sengaja menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka ketika polis bagaikan ternganga-nganga di sana-sini menjejakinya. Saya tak kata polis ternganga-nganga, saya kata bagaikan ternganga-nganga.

Ketika beliau menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka dalam keadaan polis mencari-carinya itu, dia tampil pula dengan dakwaan terbaru.

RPK mendakwa bahawa Tun Daim Zainuddin pernah memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu pernah bertemu di Oriental Hotel di Marina Square di Singapura setahun sebelum wanita Mongolia itu dibunuh dan diletupkan.

Malah, beliau mendakwa pula bahawa dengan bukti yang dimiliki oleh Singapura itu, pulau puaka itu boleh memeras ugut Najib.

RPK cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh diperas ugut oleh Singapura. Saya benar-benar berharap dakwaan RPK tidak benar. Jika RPK berbohong, saya harap Dr Mahathir, Daim, Najib dan Razak Baginda tidak berdiam diri. Yang nampak dah kotor sangat perlu dibersihkan. In the absence pun boleh saman.

Jika perkara itu benar, bayangkan betapa buruk akibat kepada negara ini! Pulau puaka pasti membawa celaka!

No comments: