tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Saturday, May 23, 2009

Malaysiakini.com : Calon bebas dakwa disogok PKR

Calon bebas Aminah Abdullah rancang mendedahkan bukti bahawa PKR cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya Penanti, 31 Mei ini.

Bekas pemimpin Wanita PKR, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, lapor Bernama.

"Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini," katanya selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini.

penanti by election independent candidate aminah 270409Aminah, menggunakan logo kunci, berkata simbol itu sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut menafikan ditaja oleh Umno untuk bertanding mencabar calon PKR Mansor Othman, yang juga timbalan ketua perhubungan parti itu di Pulau Pinang.

Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, berkata beliau meletakkan sasaran kira-kira 6,200 undi pada pilihanraya kecil DUN itu.

"Pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang sebelum ini saya dihimpit dua calon hebat dan kali ini saya harap dapat mencapai angka ribu (undi)," katanya, yang menggunakan logo payung.

Kamarul Ramizu (foto, kiri) hanya meraih 62 undi dan hilang pertaruhan dalam pilihanraya 7 April lalu dalam persaingan antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Saffian.

penanti by election nomination230509 02.jpgMenurut agensi berita itu lagi, Kamarul Ramizu berkata beliau akan mula berkempen hari ini dari rumah ke rumah dan mengadakan
sesi dialog dengan orang ramai.

"Saya dalam proses menubuhkan Parti Iman SeMalaysia dalam tempoh terdekat," katanya. Beliau pertama kali mengumumkan tentang partinya itu dalam pilihanraya kecil bulan lalu.

Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, pula berkata keputusannya bertanding adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan terlibat dengan kempen berbentuk debat kerana ia membawa situasi politik kurang sihat.

Beliau (foto, kanan) menggunakan simbol wau bulan.

Mansor, 59, pula dipetik berkata beliau (dua dari kiri) yakin memang pilihanraya kecil itu.

"Kita punya jentera pilihanraya dengan bantuan DAP dan PAS akan membantu dan kita yakin mampu menang pilihan raya ini," katanya.

No comments: