Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah menarik diri daripada persaingan jawatan naib presiden PAS, sementara Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding ketua Pemuda. Daripada 16 yang dicalonkan untuk tiga jawatan kanan tersebut, hanya lima tokoh PAS bersaing. Ketua Pemuda sekarang Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah mengesahkan bertanding. Seperti diduga, jawatan timbalan presiden menyaksikan perebutan tiga penjuru antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Bagi Pemuda PAS, dua lagi jawatan kanan turut dimenangi tanpa bertanding - masing-masing Azman Shapawi Abd Rani sebagai timbalan ketua dan Ahmad Sabki Yusof (naib ketua). Jawatan ketua Dewan Muslimat menyaksikan persaingan dua penjuru, antara penyandang Nuridah Salleh dengan pencabarnya Dr Asiah Ali. Datuk Harun Taib menguasai kembali ketua Dewan Ulama tanpa bertanding seperti dua lagi jawatan kanan - timbalannya kini Datuk Ahmad Yaakob dan naib ketua Datuk Mahfodz Mohamed. Senarai penuh calon-calon barisan pemimpin PAS diumumkan dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti, Kuala Lumpur pagi ini. |
tagline
Monday, May 25, 2009
Malaysiakini.com : Nizar tidak rebut naib presiden PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment