Pengendali laman web popular Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin sah tidak berada di Australia atau pernah ke negara itu. Pihak pendakwaan turut memaklumkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini terdapat "tanda positif Raja Petra boleh dikesan dan ditahan", lapor laman web Utusan Malaysia. Raja Petra seharusnya hadir pada sambungan perbicaraan kes terhadapnya di bawah Akta Hasutan berhubung dakwaan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terbabit dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan terhadap perdana menteri dan wanita pertama dimuatkan dalam tulisan di blog tersebut "Let's send the Altantuya murderers to hell" pada 25 April tahun lalu. Pada 5 Jun lalu, kerajaan tidak dapat mengesahkan bahawa penulis blog kontroversi itu telah melarikan diri bagi mengelak dibicarakan di mahkamah berhubung kes tersebut dan juga satu lagi kes jenayah fitnah, juga terhadap Rosmah dan beberapa individu lain. Waran tangkap telah dikeluarkan setelah Raja Petra gagal hadir ke mahkamah. Pada 27 Mei, Jabatan Imigresen menyatakan ia tidak mempunyai rekod lelaki itu meninggalkan negara ini dan percaya Raja Petra telah menggunakan "jalan tikus" untuk ke luar negara. |
tagline
Friday, July 17, 2009
Malaysiakini.com : Tidak benar Petra di Brisbane
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment