Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock" Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam. 'Teoh di bawah jagaan SPRM' "Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia," kata Kit Siang. Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Dr Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. "Ada siasatan? Tidak ada siasatan kepada mereka. Tiada siasatan daripada pihak SPRM. "Tapi Teoh disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia," katanya. Guan Eng kecam polis, SPRM Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam pihak polis dan SPRM yangdidakwanya bersikap'double standard' kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap pemimpin negera sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis. "Kita tak nampak siasatan skandal PKFZ (oleh SPRM), sampai sekarang ada tak? SPRM pun poorah," katanya. Sehubungan itu, Guan Eng yang juga anak lelaki Kit Siang, turut senada dengan ayahnya menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dengan segera menyiasat kematian Teoh. Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga setiausaha DAP, turut mengumumkan DAP akan membentuk tabung khas bagi membantu keluarga Teoh. "Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka. Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. 'Khalid: Banyak persoalan timbul' Katanya, banyak laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pemimpin BN yang telah dibuktikan, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka. Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan segera terhadap kematian Teoh. "Tidak ada yang kita mahu selain daripada itu. Kalau Najib benar-benar mahukan satu Malaysia, tubuhkan suruhanjaya diraja. Kalau Najib tak buat, dia cakap tak serupa bikin, bukan satu Malaysia. "Rakyat mahukan keadilan. Ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tapi ini soal keadilan dan kepercayaan rakyat, katanya. Sehubungan itu, Abdul Khalid menyokong cadangan Guan Eng untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga Teoh. Manakala Husam mendakwa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN. Beliau mendakwa SPRM cuba untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR. Husam mendakwa siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap kedua-dua pemimpin tersebut, tidak dilanjutkan. Utusan, Berita Harian dibakar Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman. Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM. |
tagline
Sunday, July 19, 2009
Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment