Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di
kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.
Bercakap kepada
kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit
Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu
mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri
Besar Johor antara 1986 hingga 1995.
"Adakah awak ingat sewaktu
beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings,
kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di
luar mahkamah?
"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar
Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis
anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.
Tamrin
merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya
Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600
ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings.
Syarikat itu
mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama
untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus
ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.
Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.
Kes
tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan
negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk
pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan.
source : http://malaysiakini.com/news/201108
No comments:
Post a Comment