Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak takut
Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa - kecuali beliau akan didakwa atas
pertuduhan palsu.
Beliau mengulas kenyataan ketua anggota
parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan
pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.
"Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.
"Saya
takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh
seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya
untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik
balik surat Umi kepada saya."
Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei
lalu dilaporkan mendakwa, tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah
perkara yang luar biasa, lapor Utusan Malaysia.
Menurut
Dr Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi timbalan
perdana menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk
menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna
kuasa dan liwat dihadapinya.
"Selain ini saya tidak takut. Saya
selalu berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada
sebagai perdana menteri kerana saya berhati-hati untuk meletakkan
jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.
"Sekiranya saya
menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan
mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," sambung Dr
Mahathir.
source : http://malaysiakini.com/news/200789
No comments:
Post a Comment