Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik
Abdul Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen
US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.
Balasubramaniam
berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam
yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.
Balasubramaniam,
yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa
berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum
di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.
Akhbar
pada waktu itu sudahpun menimbulkan spekulasi mengenai penahanan Razak
pada hari itu dan peguam berkenaan sedang membuat persediaan mengenai
kemungkinan tersebut.
Balasubramaniam juga mendakwa, beliau
memberitahu Razak: "Bos, tengok sini. Apa nasihat saya pada awak?
Laporan polis. Awak sepatutnya sudah buat laporan polis."
Balasubramaniam
mendakwa Razak mengupahnya untuk menghalang Alantuya, namun beliau
menasihati Razak supaya membuat laporan polis.
Balasubramaniam mendakwa, Razak bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana "seorang VVVIP terlibat".
source : http://www.malaysiakini.com/news/222565
No comments:
Post a Comment