Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini memfailkan saman ke atas akhbar harian berbahasan Inggeris New Straits Times atas penyiaran satu laporan yang menuduh kumpulan berkenaan berkomplot untuk menjejaskan kerajaan.
Angota
jawatankuasa pemandu BERSIH Andrew Khoo berkata mereka mendapati
laporan muka depan bertarikh 21 September itu menimbulkan banyak tuduhan
palsu ke atas badan berkenaan dan juga aktiviti yang dijalankannya.
Badan
berkenaan sebelum ini telahpun mengumumkan untuk mengemukakan sama ke
atas NST sekiranya tidak menarik balik laporan tersebut dan memohon
maaf.
Khoo yang memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini berkata, tuntutan bertulisnya kepada NST untuk
menarik balik laporan itu tidak diendahkan dan akhbar itu juga tidak
menyiarkan kenyataan balas BERSIH bagi menjelaskan tuduhan tersebut.
source : http://www.malaysiakini.com/news/220922
No comments:
Post a Comment