Beberapa pemimpin utama BN dilapor gagal dalam ujian tapisan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai calon pilihan raya umum
ke-13.
Menurut akhbar Sinar Harian hari ini yang
memetik sumber sebagai berkata individu yang terlibat termasuk dua
menteri pusat, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri.
Bagaimanapun
laporan tersebut tidak menyebut parti yang diwakili mereka, tetapi
hanya parti komponen BN yang telah menyerahkan nama calon yang
berpotensi kepada SPRM.
Pakatan Rakyat pula menolak cadangan tersebut, kerana tidak mempercayai suruhanjaya tersebut.
Laporan
itu menyebut, perkembangan terbaru itu disedari setelah urusan awal
tapisan senarai calon dan berikutan itu beberapa nama-nama besar telah
gagal dalam saringan.
Laporan itu juga menyebut antara sebab
kegagalan mereka dalam tapisan itu kerana mempunyai masalah dengan
undang-undang. Tiada penjelasan spesifik berhubung perkara itu.
source : http://www.malaysiakini.com/news/219949
No comments:
Post a Comment