Seorang pelarian dari Filipina memberi keterangan kepada suruhanjaya
siasatan diraja berhubung masalah pendatang asing di Sabah bahawa beliau
dan individu lain dijadikan warganegara Malaysia tanpa usaha mereka
sendiri.
Ismail Balaka berkata beliau menerima kad pengenalannya
tiga bulan selepas satu kumpulan misteri melawat penempatannya di
Kinarut untuk mendapatkan butiran peribadinya.
Katanya, beliau tidak dapat mengingati tarikh kejadian tersebut.
Tambahnya,
kumpulan itu datang dengan menaiki satu kenderaan tidak bertanda dan
menghimpunkan semua penduduk kampung tersebut pada satu tarikh.
Katanya, kumpulan itu meminta penduduk kampung tersebut mengisi borang, dan turun mengambil cap jari dan gambar mereka.
Katanya
lagi, beliau pada masa itu tidak tahu apakah tujuan kegiatan tersebut
tetapi diberitahu seorang rakannya bahawa ia adalah untuk kad
pengenalan.
Selepas menerima kad pengenalan tersebut, beliau
dapat memohon untuk mendapatkan kad penempatan yang dikeluarkan unit
penempatan di Jabatan Ketua Menteri.
Ismail mengakui bahawa
beliau tidak pernah memiliki pas lawatan pelarian, kad penempatan
sementara atau kad penduduk tetap sebelum memperolehi kad pengenalan
biru itu.
Beliau tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada 1975
dari Pulau Ubian, Filipina ketika melarikan diri dari konflik di kawasan
tersebut.
source : http://www.malaysiakini.com/news/219228
No comments:
Post a Comment