Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah diberitahu hari ini
bahawa seramai 73,000 pelarian daripada Filipina dibenarkan menjadi
penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan negeri di antara 1970 hingga
1984.
Ketua unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul
Jaafar Alip memberitahu RCI bahawa salah satu daripada syarat untuk
melayakkan individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam.
Syarat
lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada kawasan Region
Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat atau
Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada konflik
berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara tetap.
Namun
syarat untuk melayakkan diri bagi mendapatkan status orang tidak
bertempat itu sama, namun mereka tidak seharusnya seorang Islam, kata
Abdul Jaafar.
Tambahnya, kerajaan negeri menerima individu daripada semua agama sebagai orang tidak bertempat.
Beliau memberitahu inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu petang ini.
Abdul
Jaafar berkata lima penempatan pelarian ditubuhkan antara 1984 hingga
2008 – penempatan Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia
di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan penempatan Hidayah di
Tawau.
source : http://www.malaysiakini.com/news/218895
No comments:
Post a Comment