tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Saturday, January 12, 2013

100,000 banjiri stadium, himpunan lancar

Pusat bandar Kuala Lumpur dibanjiri 100,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan  bermula pada jam 2 petang.

LAPORAN LANGSUNG

5pm: Anggota sekretariat penganjur Hishamuddin Rais mendakwa perhimpunan hari ini berjaya mengumpulkan 500,000 orang.

NONE4.51pm: Azan Asar berkumandang ketika acara sampai ke penghujungnya.

Para peserta menyanyikan lagi Negaraku sebelum bersurai.

4.43pm: Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

 




4.38pm: MP PKR Datuk Saifuddin Nasution mengetuai bacaan Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diikuti para peserta di dalam stadium.

NONEDeklarasi berkenaan antara lainnya menyentuh tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil, tindakan untuk "menyelamatkan Felda" serta menjamin hak untuk warga Sabah dan Sarawak.
Ia juga menyenaraikan tuntutan untuk bayaran 20% royalti minyak, serta menjamin masa depan penjawat awam.
Selain itu, ia menggariskan tuntutan untuk alam sekitar yang bersih dan siihat, memperkukuh bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda, membebaskan tahanan politik, menyelamatkan kampung warisan dan kampung tradisi, dan juga meningkatkan kualiti hidup golongan wanita.

4.20pm: Ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mendakwa jumlah peserta perhimpunan pada hari ini dianggarkan antara 40,000 hingga 45,000 orang.
Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, sebanyak 80,000 yang diumumkan PDRM di Twitter.

NONEJumlah 80,000 itu menurut polis adalah "kesilapan teknikal".

"Dari bacaan saya, perhimpunan dihadiri oleh lebih kurang 40,000 hingga 45,000 orang," kata Zainuddin dalam sidang media petang ini.

Tambahnya, polis juga tidak melakukan apa-apa tangkapan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan tersebut.

"Sehingga kini, himpunan kebangkitan rakyat tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Keselamatan di tahap yang terjamin.

"Semua polis yang ditugaskan dapat laksana tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Keadaan lalu lintas, cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan menuju ke Stadium Merdeka. Walaubagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya.

4.14pm:
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meminta rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan.
NONE"Masa sekarang yang kita minta ialah beri peluang supaya ada suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir negara ini. Suara rakyat, suara keramat," katanya.
Dalam ucapannya, beliau turut mengulangi janji-janji Pakatan sebelum ini tentang pembatalan PTPTN serta menurunkan harga minyak.
Beliau turut mengulangi akan mendengar dan peka dengan semua tuntutan rakyat.

Selain itu, Anwar menyentuh isu berhubung sebidang tanah yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah.

Katanya, kerajaan negeri Selangor tidak akan sesekali membenarkan tanah itu dimajukan.
Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan "Merdeka" beberapa kali yang diikuti para hadirin.

3.51pm: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan ucapan.
NONE 
3.38pm: Polis menyatakan bahawa anggaran jumlah peserta seramai 80,000 adalah "kesilapan teknikal".

Tulisan terbaru di Twitter polis menyebut, jumlah berkenaan akan diumumkan oleh ketua polis Kuala Lumpur atau ketua polis daerah.

3.30pm: Sebagai tindakan balas kepada dakwaan bahawa peserta telah dibayar RM150 untuk menghadiri perhimpunan tersebut, pihak penganjur mula mengutip derma daripada orang ramai.

Ramai dilihat mengeluarkan wang dari poket mereka dan memasukkannya ke dalam beg plastik yang pegang oleh anggota Unit Amal.

NONE 
3.30pm: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucapannya menyentuh isu kamera AES dan bayaran BR1M oleh kerajaan persektuan.
Beliau menyifatkan bayaran dan saman itu seperti "tangan kanan memberi, tangan kiri ambil balik".

3.29pm: Di luar stadium, sesetengah peserta dilihat bersalaman dengan anggota polis sebagai menghargai khidmat mereka. Seorang peserta dari Sungai Petani dilihat mengucapkan terima kasih kepada anggota berkenaan sebelum bergegas untuk menaiki bas pulang. Polis membalas dengan senyuman mesra.

"Pihak polis baik hari ini. Mereka tidak mengganggu perhimpunan kami berbanding masa lalu, "katanya.

3.22pm:
Mohamad Sabu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan perhimpunan hari ini, termasuk PDRM.

NONE"Ini himpunan akhir sebelum kita ke Putrajaya," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Beliau turut bertanya kepada orang ramai sama ada mereka menerima bayaran untuk hadir ke perhimpunan hari ini.
Dakawaan itu dikesan dalam satu SMS yang berlegar pada hari ini.

"Adakah anda dibayar RM150?", tanya Mat Sabu, sambil disambut laungan "Tidak" oleh para hadirin.

"Saya bukan nak bayar RM150 tapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Sekarang saya nak minta kutipan," kata timbalan presiden PAS itu lagi.

3.20pm:
Pengerusi penganjur himpunan Mohamad Sabu ketika ditemui Malaysiakini berkata satu SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu "pembohongan".
NONESMS itu didakwa menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".

Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.

Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".

"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.

"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.

3.04pm:
Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".

3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.
Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".
NONE
Mazlan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.

"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.

"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.

2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.  

2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.

2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.
NONE 
2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.

2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.

Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.

2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah Yak Chopil, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan tetapi perlu dilayan sama adil.
Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.
Turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," kata peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang berniaga mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar
biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.34pm:
Jalan Petaling/Jalan Maharajalela - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.


1.30pm:
Jalan Sultan - Seramai 15,000 peserta yang dianggarkan berada di kawasan ini terus melaungkan slogan "Royalti", "Puyau Lynas", Hidup peneroka" dan "Bangkit rakyat".

Kumpulan peserta yang berada di luar kawasan Stadium Merdeka pula berada dalam keadaan tenang dan tidak membuat bising.

1.17pm: Jalan Sultan - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan.NONEAktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.

1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

NONE
Sementara itu naib presiden PAS Datuk Husam Musa di Jalan Ampang, dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.

"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.


Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.

NONE12.45pm: Masjid Negara - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12,36pm:
Lebuh Ampang - Kumpulan aktivis Royalti tidak bergabung dengan aktivis SAMM yang berjalan dari kawasan Kampung Baru.
Mereka terpisah sejauh kira-kira 70 meter. Aktivis Royalti menunggu aktivis SAMM untuk mula bergerak terlebih dahulu.
Kumpulan aktivis Royalti bersama aktivisi ANAK itu melaungkan slogan "Pulangkan royalti" sambil menunggu.

12.33pm:
KLCC - Peserta bergerak memasuki Jalan Ampang selepas berhenti di persimpangan Jalan Sultan Ismail sambil melaungkan "Hidup rakyat" dan "Bangkit rakyat".
Pemandu kenderaan turut membunyikan hon kenderaan masing-masing dengan disambut sorakan oleh peserta.

Lalulintas di kawasan itu dikawal polis trafik.

12.25pm:
LRT PWTC - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.

Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.

"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.

Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.


12.20pm
: Tiga trak pikap dengan pelekat 'Tim Medik' mengiringi peserta himpunan sepanjang jalan dari Brickfields menuju ke kawasan stesen keretapi lama Kuala Lumpur.

12.15pm: Dianggarkan 10,000 orang telah memasuki Stadium Merdeka dan mendapat kerusi untuk duduk.

NONEKira-kira satu pertiga stadium telah dipenuhi peserta perhimpunan. Sesetengahnya meniup tanduk Vevezula dan sesetengah daripada mereka menjerit slogan seperti "reformasi" dalam semangat yang tinggi.

Majoriti orang ramai yang berpakaian baju kuning dan hijau, yang mewakili BERSIH dan HimpunanHijau.

Bgaimanapun sesetengah daripada mereka juga memakai baju warna merah dan hitam dengan perkataan "Royalti", merujuk kepada Pergerakan Royalti Minyak Kelantan.

12.12pm: Jalan Ampang - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.

Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

NONE"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.

12.15pm: Jumlah orang ramai yang bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka mencecah sekitar 10,000 orang.

11.58am: KLCC - Lebih 3,000 mula bergerak ke Stadium Merdeka sambil melaungkan hidup rakyat. Pemimpin pakatan antaranya Datuk Kamrudin Jaafar dan Datuk Teng Chang Kim mengetuia perarakan.

11.57am: Stadium Merdeka - Anggota Unit Amal kelihatan membawa masuk orang ramai ke dalam stadium secara berperingkat.

Manakala ribuan lagi beratur di depan pintu utama untuk dibawa masuk ke dalam stadium.
NONE 
12.02pm: Stadium Merdeka - Pengerusi sekretariat Mohamad Sabu berkata penganjur tidak akan melayani permintaan Deepak Jaikishan untuk berucap di Stadium Merdeka.

"Tak adalah, kita sudah ada banyak NGO nak cakap, tak ada ruang, tak adalah," katanya.

12.00pm:
Jalan Sultan - Presiden Himpunan Hijau Wong Tack muncul dengan aktivis gerakan tersebut dengan membawa bendera hijau besar, kain rentang dan poster.

Beliau mengetui orang ramai menyanyi lagu "Suara Rakyat" dan 'Rasa Sayang', kemudian orang ramai mendengar ucapan beliau.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Malaysia seperti dilahirkan semula hari ini dan hari ini adalah hari kemderdekaan sebenar bagi Malaysia.

NONE"Kami berada di sini untuk meraikan Malaysia baru, esok negara kita akan penuh dengan harapan baru," katanya.

Beliau menyifatkan suasana hari ini seperti Hari Kebangsaan.

11.50am: stadium merdeka - Selepas pengumuman oleh juruacara Hishammuddin Rais, orang ramai mula bergerak masuk ke stadium.

Timbalan Presiden PAS, yang juga pengerusi urusetia penganjur turut kelihatan di situ.

11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.

"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.

"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly

NONETurut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim

Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".

11.45am: Stadium Merdeka - Orang ramai dari Masjid Negara telah tiba di Stadium Merdeka. Gerai menjual minuman di sepanjang rancak berniaga.

11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.

11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.

NONESebuah bas polis diletakkan di tepi jalan. Hanya lima anggota di lihat di situ.

10.47am: Jalan Sultan - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, (kiri) yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

NONESementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga
menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.

10.55am: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.

Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.
 
10.50am: KLCC - Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC.

NONEMereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka.

10:45am: Stadium Merdeka - ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.

Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

NONE10:40am: Jalan Thambipillay 4, Brickfields - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

NONE10:30am: KLCC - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.

10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang disesuaikan dengan lirik anti-Lynas.Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.
Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.
NONE 
9.55am: Stadium Merdeka - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.

Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: Masjid Al-Rahman - MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

NONE9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.

[Baca berita penuh]

GALERI FOTO

VIDEO 1

VIDEO 2

VIDEO 3 


source : http://www.malaysiakini.com/news/218743

No comments: