Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50
juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding
keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama
sebelumnya.
Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.
Dalam
makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata
perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan
pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6
peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.
Utusan
Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu
berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan
pengiklanan dalam kalangan media.
Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.
"Kami
juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang
merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.
"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment