tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, June 24, 2008

100 hari Pakatan Rakyat vs 100 hari Barisan Nasional

Ramai yang tidak melihat dan menilai 100 hari BN selepas PRU12. Kenapa? Kerana tidak dipaparkan oleh mana-mana media arus perdana. Yang dilaungkan adalah,"Mari kita lihat apa yang telah Pakatan Rakyat buat selepas 100 hari memerintah".

Adalah tidak adil membandingkan kerajaan yang berusia 100 hari dengan sebuah kerajaan yang telah memerintah selama 50 tahun. Umpama membanding kekuatan semut dengan kekuatan gajah. Mari kita teliti 100 hari BN selepas PRU12.

100 hari selepas PRU12, UMNO masih porak peranda. Apa yang telah dilunaskan untuk rakyat? Tiada!

100 hari selepas PRU12, BN telah membuat banyak perubahan. Antaranya menaikkan harga petrol tanpa pertimbangan, kajian dan perancangan yang tepat. Akibatnya, harga barang keperluan meningkat, kos sara hidup meningkat dan nilai tunai boleh belanja menyusut.

100 hari selepas PRU12, BN masih berteka-teki. Pak Lah masih seperti dulu. Sunyi sepi, tidak berkata apa, semuanya dibiarkan orang bawahannya yang jelaskan kepada rakyat. Bangunlah Pak Lah buktikan anda layak bergelar pemimpin no.1 Malaysia. Kenapa membisu... orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah.

100 hari selepas PRU12, UMNO kehilangan bekas Presidennya. Pengorbanan Tun Dr Mahathir dilupakan. Mana mereka yang dulunya setia kepada Tun? Semuanya kini tunduk kepada Pak Lah. Inikah pejuang rakyat? Rakyat bukan no.1 di hati mereka sebaliknya kuasa yang mereka gilai. Jika Pak Lah bukan Presiden maka Pak Lah bakal ditendang-tendang juga. Kononnya kini mereka setia kepada parti tetapi hakikinya, nak pastikan poket sentiasa berisi, soru tak miss lagi.

31 Ogos kian hampir dan begitu juga 16 September. Dr. Khir Toyo dalam blognya menulis tentang "Anwar dan mimpi-mimpinya". Ada benar juga tulisan beliau, tetapi apa gunanya jika tiada tindakan diambil. Seorang MT UMNO hanya mampu berkata-kata tapi gagal dilaksana. Mana mungkin ahli UMNO mampu melakukan lebih lagi untuk partinya.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat masih memiliki 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat nampaknya masih diberi peluang oleh rakyat.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat belum melakukan kesilapan berat yang boleh menjurus kepada penentangan rakyat.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat masih berteka-teki tentang betulkah agenda 16 September? Tiada siapa yang mampu menjawab kecuali DSAI dan orang-orang Pakatan Rakyat.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat masih menerajui 5 negeri penyumbang utama ekonomi Malaysia. Negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, cuma Perlis dan Johor di tangan BN. BN hilang banyak sumber ekonomi daripada 5 negeri ini. Ini antara punca kerajaan BN kini sibuk berjimat-cermat kerana rasionalnya duit mereka semakin tiada. Apa rasionalnya kerajaan mula berjimat-cermat selepas kenaikan harga petrol? Sekadar cuba menyatakan kerajaan bersimpati? Kerana langkah tersebut hanya mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan tidak memberi sebarang kesan kepada perbelanjaan rakyat. Ia bukti kewangan kerajaan kini dalam keadaan terdesak.

100 hari selepas PRU12, Pakatan Rakyat berjaya memberi bekalan air percuma untuk rakyat Selangor. Pertama dilakukan di Malaysia. Ingatlah bahawa satu hari nanti, air bersih akan menjadi mineral paling berharga di dunia bukan lagi petrol, rujuklah kitab2 termasuk Al-Quran dan marilah kita mula merancang.

100 hari selepas PRU12, lanskap politik Malaysia masih tidak stabil. Sebarang kebarangkalian boleh berlaku. Kemungkinan peralihan kerajaan pusat masih ada. Jika Pak Lah betul-betul sayang Malaysia, turunlah. Pengorbanan tersebut akan menyatukan semula UMNO, Melayu dan Malaysia. Contohilah Khalifah-khalifah Islam terdahulu, sanggup bermatian demi rakyat kerana ia adalah amanah Allah.

Jika UMNO masih begini pada 16 September, mungkin UMNO bakal jadi bahan sejarah buku teks sekolah menengah. Pak Lah mahu kekal didalam UMNO, jika tidak untuk apa beliau mahu bertanding jawatan Presidan dalam pemilihan akan datang? Jika sudah ada exit plan, maka benarkan Najib mengambil alih kepimpinan UMNO. Mungkin alasannya ingin memulihkan UMNO sebelum menghadiahkannya kepada Najib, tetapi sempatkah UMNO bertahan selama itu? Kini UMNO punca kelemahan kerajaan BN, jika UMNO bersatu barulah dapat membantu parti komponen membina keyakinan luaran dan dalaman. Jika tidak... wallahualam.

No comments: