Khabar angin mula bertiup mengatakan ada usaha menukar kepimpinan Petronas. KJ sedang mengatur langkah menggulingkan CEO Petronas, dan berusaha memasukkan kroni keluarga kerajaan 3 beranak ini ke dalam Petronas. Khabar angin telah bertiup kencang dari kem-kem UMNO sekitar KL dan telah dipos kan di mykmu.net.
Patutlah KJ turut menyokong usaha DAP untuk membahaskan akaun terperinci Petronas di Parlimen. Ada agenda lain rupanya. Saya dapat mengenalpasti 2 daripada agenda si KJ ni.
Pertama
Bila akaun Petronas dibahaskan di Parlimen nanti, akan muncullah banyak suara-suara yang mahukan pendedahan lebih dalam dan suara-suara tak puas hati terhadap Petronas yang telah berpuluh tahun menyumbangkan tunai buat kerajaan hasil daripada kebijaksanaan kepimpinannya. Maka KJ dan konco-konconya dengan perkenan Pak Do-Lah akan menjadikannya alasan untuk menukar kepimpinan Petronas dengan seorang pak turut yang akan mengiyakan semua arahan daripada Putrajaya dan Tingkat 4. Maka bermulalah era suram Petronas, prestasi akan merudum, dan ramai yang akan lari meninggalkan Petronas keluar ke syarikat minyak asing yang diketahui sentiasa menanti kedatangan bijak pandai dari Petronas dengan tawaran gaji bulanan dua kali ganda daripada apa yang mereka perolehi di Petronas sekarang. Kenapa mereka lari, kerana kecewa organisasi yang mereka bangunkan selama berpuluh tahun menjadi mangsa politik rakus dan ketamakan manusia bernafsu binatang.
Ye lah, royalti minyak telah dikembalikan kepada Terengganu, jadi mereka ni hendak kawal Petronas pula. Jangan lupa dengan Allah yang Maha Kuasa!
Kedua
KJ sama ada diarah atau pun merancang sendiri ingin akaun Petronas dibahaskan di Parlimen supaya orang akan lupa tentang ke mana perginya RM366 billion yang Petronas bayar kepada kerajaan dan kemana pergi wang ehsan untuk Terengganu. Mereka mencari jalan untuk mengalih perhatian dan pandangan rakyat daripada menyiasat cara kerajaan menghanguskan RM336billion duit rakyat. Bila semua dah sibuk meniliti akaun Petronas maka Petronas yang akan dihukum dan bukannya kerajaan. Kerajaan sedikit pun tidak mempertahankan Petronas yang selama ini membantu kerajaan dari segi kewangan apabila Petronas dihentam oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan. Jika Petronas tidak diuruskan dengan bijak maka tidak mungkin kerajaan boleh menikmati RM336billion bayaran daripada Petronas, dengan hanya memodalkan RM10juta untuk pengurusan Petronas memulakan perniagaan. Menghabiskan RM10juta amat mudah, tapi menghasilkan RM570 billion dengan modal RM10juta bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Minyak bukannya boleh dikorek seperti mengorek perigi di belakang rumah. Perlukan teknologi, kepakaran, kebijaksanaan, perancangan dan pengurusan yang teramat cekap. Beribu syarikat minyak wujud di dunia ini tapi berapa buah syarikat yang dikenali diserata dunia seperti Petronas?
Mampukah seorang proksi (kroni) lantikan kerajaan yang biasanya berpengalaman dalam menguruskan syarikat kerajaan untuk menguruskan beratus buah syarikat Petronas diserata dunia? dan juga perlu menguruskan 30000 orang kakitangan di serata dunia. Petronas telah menunjukkan bahawa ia telah diuruskan dengan bijak selama ini. Jangan dipolitikkan pengurusannya. Jangan tamak sangat, kuasa itu anugerah Allah, rezeki itu anugerah Allah, jika Allah mahu mengmbilnya semula, semuanya boleh hilang dalam sekelip mata!
DAP
DAP juga ingin akaun Petronas dibahaskan di Parlimen. Kenapa? Kerana mereka ingin merancang perjalanan politik mereka. Mereka telah menjanjikan tunai untuk rakyat jika Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya. Jadi mereka ingin mengetahui details akaun Petronas untuk memudahkan lagi agenda politik mereka.
Memang mereka menjerit, ingin mempertikaikan perbelanjaan top management Petronas, tapi kenapa perbelanjaan Petronas yang dipertikaikan dan bukannnya perbelanjaan RM366billion yang telah pun diterima dan dihabiskan oleh kerajaan? Nampaknya tidak ada yang ikhlas dalam perjuangan, semuanya mementingkan diri sendiri.
Jangan lalai dan lupa. Rakyat sudah muak dengan pemimpin beragenda tersendiri ini. Inilah juga punca BN tersungkur di 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan!
2 comments:
Alhamdullilah . Semoga Allah selamatkan PETRONAS yang telah banyak membantu bangsa dan negara. jatuhnya PETRONAS akan hancurlah negara.jangan ingat PETRONAS hanya gali minyak saja. It is highly integrated . Bukan calang calang orang bolih memimpin PETRONAS. It is so complex.
rasany belum nampak saorang pengganti yang setanding kaliber Tan Sri Hassan Marican.
Tolong jangan politikan PETRONAS.
Bro,
If i may say, i tink aftr a month Tun step down thr were already rumors bout an attempt to replace TS Nana Hassan.. it didun materialized coz dey tot of legal aspect.. n frm then till now dey have been trying & I sincerely hope dey will fail again... wen dey got d power dey were happy for getting d Khazanah Rakyat(thru UMNO) but now dey saw sumting bigger dat is d Khazanah Negara(Petronas & othr GLCs) jst tink wats gonna happen if were cant stop PLah & Co(Bro AnWar included)...
SAY NO TO NWO!!
Post a Comment