Saya merasa musykil kenapa Petronas yang ditekan bertubi-tubi ketika ini dan bukannya kerajaan Do-lah. Yang tidak bijak menguruskan wang berbilion ringgit yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan adalah kerajaan; bukannya Petronas. Jika Petronas yang tidak cekap, tidak mungkin ia boleh menajakan keuntungan sehingga RM570 billion dengan modal awal RM10juta sahaja.
Orang yang menghentam Petronas mempunyai agenda peribadi.
1. Kerajaan
Kerajaan mungkin bermotif untuk menukar kepimpinan Petronas dengan menggantikan CEO Petronas dengan orang pilihan Pak Do-Lah. Mana yang lebih penting?; Petronas terus diuruskan oleh orang yang telah pun membuktikan berjaya membawa Petronas mengecap pelbagai kejayaan seluruh dunia atau pun menggantikannya dengan calon yang belum terbukti berjaya menguruskan sebuah MNC bertaraf dunia. Perlu diingat menguruskan Petronas bukan seperti menguruskan MAS, Khazanah dan lain-lain GLC; kerana Petronas bersaing pada peringkat global manakala rata-rata GLC berurusniaga dan menjana keuntungan di dalam negara sahaja.
Saya melihat ini sebagai usaha kerajaan menukar pengurusan Petronas kerana itulah KJ turut menyuarakan agar akaun Petronas dibentangkan di Parlimen. Ia nanti bakal dijadikan alasan untuk memasukkan proksi atau kroni mereka ke dalam pengurusan Petronas yag mana akan mengikat Petronas daripada meneruskan strategi peniagaannya kerana semuanya nanti perlu mendapat persetujuan proksi ini yang pastinya dikawal oleh Putrajaya.
2. Pembangkang
Pembangkang mahukan akaun yang lebih detail dibentangkan supaya dapat mengesan pembaziran di dalam Petronas. Saya berpendapat pembaziran oleh kerajaan adalah lebih parah dan perlu diteliti segera. Pelbagai elaun disediakan dan dibazirkan sewenang-wenangnya oleh menteri, pegawai kerajaan dan kaum kerabat mereka. Dan 35% daripada pendapatan kerajaan adalah daripada bayaran oleh Petronas kepada kerajaan.
Bagaimana kerajaan membelanjakan bayaran yang di terima daripada Petronas berjumlah lebih RM336 billion sepatutnya dijadikan keutamaan untuk dikaji selidik. Pengurusan kerajaan diketahui umum amat tidak cekap dan boleh dipertikaikan. Lihat sahaja kepada laporan Audit Negara 2007, adakah segala kepincangan yang dikenal pasti telah diambil tindakan sewajarnya?
Selesaikan hal ini dahulu dan selepas itu bolehlah meneliti akaun perbelanjaan dalaman Petronas. Petronas bukannya syarikat milikan tunggal atau sendirian Berhad yang dengan mudah boleh diubahsuai tangga gaji dan elaun yang diterima oleh kaki tangannya. Semuanya dilakukan secara teratur dan diaudit oleh pihak luar. Maka setiap perubahan perlu melalui pelbagai proses dan tapisan.
Sebaliknya kerajaan diketahui umum mempunyai pelbagai masalah birokrasi, dan dipenuhi oleh orang-orang berpengaruh, berkepentingan, dan berkroni. Maka saya sarankan dan meminta agar dibentangkan cara kerajaan membelanjakan duit yang diterima daripada Petronas ini di Parlimen dan bukannya dibentangkan akaun Petronas yang dijadikan keutamaan. 65% pendapatan Petronas disalurkan kepada kerajaan, maka bagaimana cara ia dibelanjakan menjadi persoalan. Petronas pula menggunakan bakinya sebanyak 35% untuk pelaburan semula dan sebahagiannya pasti disimpan sebagai modal pusingan.
No comments:
Post a Comment