tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, June 15, 2008

Harga Siling untuk petrol!!

Mustahil kah? Harga siling untuk ayam, beras, gula, tepung boleh dizahirkan, mengapa tidak untuk petrol?

Malaysia hari ni masih boleh mengeluarkan jumlah hasil petroleum yang mencukupi untuk kegunaan rakyat (sekurang-kurangnya sehingga 2010). Malaysia hari ni mengeluarkan 650,000 tong sehari. Pada tahap penggunaan 400,000 tong sehari maka kita mampu mengeksport 250,000 tong sehari.

Ini penyelesaian saya...

Hari ini minyak yang dikeluarkan di Malaysia diniagakan mengikut harga pasaran antarabangsa iaitu sekitar USD 130 setong dengan kos pengeluaran USD 30 setong (tidak termasuk kos memproses kepada final product). Sekiranya hasil minyak bagi penggunaan dalam negara dikawal dengan harga siling dan tidak bersandarkan pada harga pasaran maka harga pasaran dalam negara boleh dikawal.

Contohnya :

Pada kos pengeluaran USD30 setong, jika ia dijual semula untuk pasaran dalam negara pada harga USD60 setong, Petronas dan lain2 syarikat minyak dalam Malaysia secara kasarnya masih untung 100%!!! Maka pada harga jualan USD60 setong dan bukannya USD130 setong maka kos pengeluaran dapat dikawal dan harga pasaran petrol masih dapat berada diparas yang mampu diserap oleh rakyat.

Saya mencadangkan formula ini digunakan pakai bagi mengawal harga produk berasaskan petrol dan diesel dalam negara. Bagi hasil minyak yang dieksport maka sewajarnya kita menjual mengikut harga pasaran yang diramal bakal mencecah USD250 setong sedikit hari lagi. Maka tidak perlu kita risau tentang harga minyak bakal mencecah RM4 seliter kelak!

Adalah tidak wajar jika Petronas dibebankan dan dipertanggungjawabkan untuk menyerap segala kos kenaikan harga minyak melalui subsidi. Adalah lebih adil jika kerajaan dapat mewujudkan satu mekanisme kawalan harga, yang menetapkan bahawa semua pengeluaran hasil minyak dari perut bumi Malaysia tidak kira digerudi oleh Petronas, Shell mahupun Exxon Mobil perlu dijual pada harga siling bagi pasaran dalam negara. Dan tetapkan juga kouta unit penjualan minimum bagi setiap syarikat sebelum hasil selebihnya dibenarkan untuk dieksport.

Dengan mengguna pakai formula ini, kerajaan dapat menjimatkan subsidi (mungkin tidak perlu lagi subsisi), syarikat petroleum masih membuat untung dan tidak rugi dan nilai pendapatan rakyat dapat ditingkatkan atau secara tidak langsungnya boleh dikatakan bebanan hidup rakyat akan terlerai.

Kajian lebih terperinci perlu segera dilakukan, oleh badan bebas bukan oleh agensi kerajaan yang tidak efisyen. Jika boleh diterima pakai maka laksanakanlah sesegera mungkin, kita memerlukan total solution. Jangan bandingkan harga petrol dengan Singapura yang bukan pengeluar minyak, ia umpama membanding harga rambutan di Jepun yang bukan pengeluar rambutan!

No comments: