"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya. Kata-katanya menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi. Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu. "Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya. "Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung." Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya. Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam. Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya. |
tagline
Thursday, August 27, 2009
Soi Lek : 'Semoga dapat saya bertempur lagi'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment