tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, August 25, 2009

Teoh- Tan gaduh di tandas SPRM

Pendedahan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Mohd Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor berkata pergaduhan itu berlaku pada pukul 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor.

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," katanya ketika ditanya peguam pemerhati SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan kerajaan Selangor kepada SPRM negeri yang berpejabat di plaza itu.

Selain itu Mohd Anuar, 32, berkata Teoh tidak mungkin mati dalam tahanan kerana beliau telah dilepaskan dan dibenarkan pulang selepas soal siasat.

No comments: