Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini. Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu. Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka. Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan. Mohd Salleh, 52, merupakan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Rohaizat, 38, adalah setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh. Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir. Lapan pusat mengundi itu dibuka di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah. Manakala Jabatan Kajicuaca meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini.Anwar terawal mengundi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara yang terawal keluar mengundi pagi ini. Anwar, Wan Azizah dan Mohd Salleh tiba di pusat mengundi SK Seri Penanti pada kira-kira jam 8.20 pagi untuk mengundi. Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata beliau yakin Mohd Salleh akan menang dengan majoriti selesa. Beliau juga puashati dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang menurutnya telah bekerja kuat untuk memastikan akan kemenangan Mohd Salleh. Anwar juga berkata, petugas Pakatan juga diminta supaya mengesan sekiranya ada pengundi hantu. Menurutnya, petugas parti itu akan memantau kenderaan dan bas bagi mengesan pengundi hantu. Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apbila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain. Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak". Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding. Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu. Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka. Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini. Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ. Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai. Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'. Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini. Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama. Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri. Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya. Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh. |
tagline
Monday, August 24, 2009
Hari Mengundi di Permatang Pasir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment