Slm kepada semua Lama saya tidak menulis, melainkan memaparkan berita-berita penting dari laman lain untuk tatapan pengunjung blog ini. Hari ini saya terpanggil untuk menulis selepas pelbagai teori dan omongan dilontarkan selepas Perarakan 1 Ogos lepas. Mewakili rakyat biasa, yang bukan ahli sebarang pertubuhan politik, saya tidak nampak pemimpin UMNO telah sedar dengan petunjuk-petunjuk yang telah rakyat berikan pada 8 Mac 2008. UMNO hari ini masih sama disebalik laungan pemimpin atasan yang kononnya menyeru untuk ahli UMNO berubah atau bakal terus kecundang. UMNO hari ini masih lagi ditunjangi oleh orang-orang berkepentingan yang mana tanpa UMNO mereka akan merangkak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka inilah yang merosakkan UMNO. Yang mengambil kesempatan atas kekuasaan UMNO memerintah negara. Ahli-ahli seperti ini selagi ada di dalam UMNO selagi itulah UMNO takkan berubah! Mereka ini cuma bertopengkan politik untuk kemewahan diri dan bila sudah melimpah kantung dengan helaian wang kertas yang bernilai tidak kekal ini, mereka mula lupa diri, merasakan wang boleh membeli apa saja. Maka timbullah, riak dan bongkak. Bila tiba PRK, muka-muka ini tertempel2 di kempen2 UMNO. Di mana ada Najib, disitu ada mereka, di mana ada Muhyiddin disitu ada mereka. Jangan nak nafikan, saya berpengalaman dalam hal ini walaupun saya tidak pernah menempelkan diri tapi bekas rakan kongsi saya pernah dan masih lagi menjadi penyokong penjilat bontot pemimpin UMNO dengan harapan...(harapan shaja bukan dijanjikan pun)... harapan akan ada habuan kemudian hari. Dan orang ini juga amat marah bila Melayu menentang UMNO, dikatakannya Melayu bodoh tak kenang budi. Budi apa untuk dikenang? Budi memerdekakan Malaysia? Jika UMNO hari ini berjuang atas dasar memenangkan rakyat dan bukan mengutamakan kroni maka saya sendiri sanggup berdiri di pentas UMNO. Kalau semua kaki ampu yang ada di dalam UMNO di buang dari parti, saya orang pertama akan mendaftar sebagai ahli. UMNO hari ini bukan UMNO tahun 1957 dahulu, UMNO dahulu susah, UMNO hari ini mewah, itu sebabnya mereka lupa diri dan ini bakal memakan diri mereka sendiri! Ingatlah UMNO, memang UMNO berkuasa hari ini, tapi dengan kerusi yang dimenangi di Sabah dan Sarawak. Jika tiada Sabah dan Sarawak, UMNO dan BN bukan lagi kerajaan yang memerintah negara ini! Ini bukti BN sebenarnya sudah ditolak di Semenanjung, tapi sedarkah orang-orang UMNO? Kerajaan itu dipilih oleh rakyat, jika UMNO pentingkan kroni lebih daripada rakyat, harinya akan tiba bila Allah akan memberikan hak kepada tuannya. Kehakiman diragui, Ketua Hakim ahli UMNO, macam mana boleh dijamin perbicaraan yang telus? Ketelusan mesti dibuktikan. Bukan isu siapa, atau kaum mana tapi isunya adil dan saksama. Jika kerajaan boleh membuktikan negara ditadbir dengan adil maka tiada apa yang hendak dibantah oleh rakyat. Tapi yang di atas sentiasa mahu memastikan orang bawahannya selamat, poket mereka selamat, rahsia mereka selamat... inilah masalahnya. Rakyat tahu! Jika yang membayar projek PKFZ itu adalah duit peribadi Perdana Menteri maka saya sebaga rakyat tak ambil kesah. Tapi duit itu duit rakyat, duit saya, duit dia, duit mereka-mereka yang membayar cukai! Itu masalahnya! Yang bayar gaji Menteri tu duit siapa? duit rakyat, duit saya, duit dia, duit mereka-mereka yang membayar cukai.. termasuklah ahli DAP,PAS, PKR dan lain-lain. Mereka juga ada hak untuk tahu kerana itu wang mereka yang diamanahkan kepada kerajaan! Maka kerajaan adalah pemegang amanah sahaja dan bukan pemilik wang tersebut. Jika pemimpin kita orang yang bertanggung jawab maka dia akan fikir,"apa aku nak jawab bila Allah tanya tentang amanah rakyat kepada aku sebagai Perdana Menteri?" Terjawabkah dia nanti. Jika dia jawab, "Aku dah sediakan segalanya untuk rakyatku" Tiba-tiba 20juta orang rakyat, menyatakan "tidak!". maka lepaskah dia nanti di padang Masyar? Renung-renungkanlah. Nikmat di dunia tidak lebih daripada amanah untuk menduga kita dengan sehebat-hebat dugaan. Wallahualam. |
tagline
Monday, August 3, 2009
UMNO masih serupa setelah setahun PRU12!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment