tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Friday, January 22, 2010

Konspirasi dan niat jahat

Konspirasi liwat nombor 2: Bahagian Ketiga
Oleh R Sivarasa
ABDUL GANI PATAIL SHAH ALAM: Abdul Gani Patail (gambar) sekarang ini Peguam Negara dan Musa Hassan ialah Ketua Polis Negara.
Kedua-dua mereka dikaitkan dengan jenayah serius memalsukan bukti dalam siasatan insiden mata lebam Anwar Ibrahim oleh pegawai penyiasat Mat Zain.
Penyiasatan kes yang dihadapi oleh Anwar dewasa ini adalah di bawah kawalan pihak polis, di bawah arahan Musa Hassan.
Niat jahat dalam siasatan polis terserlah apabila anggota-anggota polis yang bersenjata lengkap dengan pakaian “balaclavas” menahan Anwar kira-kira jam 1.00 tengahari berhampiran rumahnya pada 16 Julai 2008 selepas dua minggu setengah laporan Saiful
diterima.

musa20hassan_igp Penahanan ini jelas tidak perlu dibuat kerana para peguam Anwar akan mengiringinya ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang pada hari berkenaan bagi menghadiri temujanji yang telah diatur dan dipersetujui dengan para penyiasat polis untuk merakamkan kenyataannya.
Namun beliau ditahan seolah-olah beliau mahu melarikan diri.  Anwar ditahan semalaman di penjara.  Selagi lagi, ia mempunyai niat tidak baik dan tidak ada keperluan untuk berbuat begitu.
Beliau tidur di atas lantai simen, memburukkan lagi sakit belakang yang telah lama ditanggung.  Alasan yang diberi oleh pihak polis atas tahanan semalaman ialah bagi menghabiskan rakaman keterangan beliau.Anwar-Ibrahim6
Komitmen Anwar (gambar) untuk kembali memberi keterangan pada keesokan harinya ditolak.  Adalah jelas beliau ditahan semalaman dalam usaha mereka untuk mendapatkan DNA beliau secara haram.
Tuduhan Saiful yang berunsur politik sekali lagi terserlah apabila Saiful mengambil bahagian dalam majlis “angkat sumpah” yang dirancang dan mendapat publisiti meluas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 di hadapan Ustaz Ramlang bin Porigi, salah seorang Imam di situ.
Berikut pada bulan Ogos tahun tersebut, Ustaz Ramlang mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato’ Che Mat bin Che Ali, untuk hadir di situ sebagai saksi pada majlis “angkat sumpah” yang
telah diatur itu.
Oleh kerana beliau membuat pendedahan ini di depan orang ramai, Ustaz Ramlang telah ditukar kepada bahagian kewangan JAWI dan beberapa bulan kemudian dikenakan tindakan disiplin.
MALAYSIA-ANWAR/ Campur tangan politik juga kelihatan ketika mereka (JAWI) menangani aduan qazaf terhadap Saiful (gambar) yang dibuat oleh Anwar pada 9 Julai 2008.  Qazaf adalah satu kesalahan dalam undang-undang syariah berikutan fitnah bertulis terhadap seseorang, terutama berhubung dengan tingkah laku seksual.
Bahagian penguatkuasaan JAWI telah pun selesai membuat penyiasatan dalam tempuh beberapa bulan dan merakamkan kenyataan daripada Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang berkaitan.
Bagaimanapun JAWI sehingga ini belum mengisytiharkan bahawa Saiful tidak melakukan sebarang kesalahan.  Pada masa yang sama, tidak ada pendakwaan yang dibuat terhadap Saiful.
Para pegawai JAWI telah diarahkan oleh Menteri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwat sedang berjalan.
Sikap JAWI ini adalah salah kerana bidang kuasa undang-undang syariah adalah berasingan dan bebas dan ini jelas menunjukkan terdapatnya campur tangan politik dalam kes ini.
Konspirasi liwat nombor 2: Bahagian Keempat
Perbicaraan berniat jahat dan tidak adil: Pendakwa raya tidak menyerah dokumen pembelaan kepada peguam bela.

No comments: