Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada
2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam keputusannya, Hakim
Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat
yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di
bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai
gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis
Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif
pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada
Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain
Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib,
Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali
sebagai Tian Chua (atas).
source : http://www.malaysiakini.com/news/210560
No comments:
Post a Comment