LAPORAN AUDIT Pinjaman terkumpul yang
dijamin kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM19.85 bilion atau 20.5
peratus pada tahun 2011 dan buat pertama kalinya telah melepasi paras
RM100 bilion untuk mencecah RM116.76 bilion, demikian didedahkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Angka ini telah meningkat dua
kali ganda dalam tempoh empat tahun dan mengalami peningkatan pesat
sejak tahun 2008. Peningkatan dari tahun 2008 kepada 2011 adalah 69
peratus atau RM47.52 bilion.
Pinjaman dijamin kerajaan adalah
pinjaman yang diambil oleh badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat
tetapi dijamin oleh kerajaan persekutuan di bawah Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965.
Pinjaman
ini adalah berasingan daripada hutang kerajaan persekutuan dan tidak
dicerminkan dalam bajet tahunan, dan sering digambarkan sebagai
sebahagian daripada "hutang tersembunyi" negara.
Menurut laporan
audit, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2011 mencecah RM456.12
bilion, atau 51.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
beberapa peratus di bawah siling hutang digubal 55 peratus.
Jika
RM116.76 bilion pinjaman kerajaan terjamin dimasukkan ke dalam hutang
persekutuan, maka jumlah hutang akan menjadi RM573 bilion atau 65
peratus daripada KDNK, yang jauh melebihi siling hutang.
Bagaimanapun,
Kementerian Kewangan telah berhujah bahawa kerajaan tidak mengambil
kira liabiliti luarjangka seperti pinjaman off-budget, dalam nisbah
hutang-kepada-KDNK.
Pinjaman PTPTN
Laporan
Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa RM116.76 bilion yang terkumpul
pada tahun 2011 merupakan jumlah pinjaman dalam dan luar negeri dua
badan berkanun dan 23 syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin Putrajaya
pada akhir tahun 2011.
Kenaikan sebanyak RM19.85 bilion dari
tahun 2010 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan
pinjaman untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
gergasi perladangan Felda dan Jambatan kedua Sdn Bhd
Kerajaan
juga menjamin pinjaman baru yang diambil oleh Syarikat Govco Holdings
Bhd, Pengurusan Air SPV Bhd dan SRC International Sdn Bhd pada tahun
2011.
PTPTN, yang telah menambah pinjaman dengan ketara sejak
tahun 2007, mengambil 17 peratus atau RM20.35 bilion daripada jumlah
pinjaman yang dijamin kerajaan, diikuti oleh Pengurusan Air SPV Bhd
(RM9.5 bilion atau 8 peratus) dan Felda (RM3.42 bilion atau 3 peratus).
Pinjaman
tertunggak PTPTN meningkat lebih dua kali ganda - daripada RM7.5
bilion pada tahun 2007 kepada RM20.35 bilion pada tahun 2011 -
peningkatan tertinggi di kalangan semua peminjam yang dijamin kerajaan
persekutuan.
http://www.malaysiakini.com/news/211919
No comments:
Post a Comment