Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri
Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling
kaya di Asia Tenggara.
Shahnaz
Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung
aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz
mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika
Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland,
Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya
sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya
yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau
juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank
sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
source : http://www.malaysiakini.com/news/210503
No comments:
Post a Comment