Peguam
Perancis Olivier Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam
satu inkuiri kehakiman, ditemui mati dalam satu kejadian didakwa sebagai
kes bunuh diri.
Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suaram.
Mayat
Metzner ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di
Brittany, barat laut Perancis. Polis menemui satu nota bunuh diri.
Reputasi
Metzner terserlah melalui anak guamnya yang terdiri dari golongan
ternama seperti bekas diktator Panama Manuel Noriega dan bekas perdana
menteri Perancis Dominique de Villepin serta Continental Airlines
berhubung kejadian pesawat Concorde yang terhempas pada tahun 2000.
Bloomberg
melaporkan, Metzner memulakan kerjayanya dengan mewakili anggota
gengster dan menjadi popular kerana berjaya membebaskan anak guamnya
atas alasan teknikal.
Pada tahun 1980-an, beliau memperkembangkan
kepakaran dalam perundangan kewangan dan mewakili ahli perniagaan dan
pemimpin politik yang terlibat dalam kes pembiayaan parti.
Metzner juga mewwakili kepentingan DCNS – syarikat yang menjual dua buah kapal selam Scorpene kepada Malaysia, 10 tahun lalu.
Suaram
memfailkan inkuiri kehakiman di mahkamah Perancis pada 2009 mengenai
kemungkinan berlakunya rasuah dalam urusniaga Scorpene.
No comments:
Post a Comment